USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NC TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PEGAWAI TINGGI TENTERA DARAT

1451409727313

PULAU PINANG, 28 Disember 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman hari ini menerima kunjungan hormat daripada Panglima Pemerintahan Latihan dan Doktrin Tentera Darat, Mejar Jeneral Dato’ Suhaimi Hj Mohd Zuki di pejabatnya, di sini.

Kunjungan ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi hubungan di antara USM dan bidang ketenteraan di mana USM turut mempunyai Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) darat.

Omar berharap kedua-dua belah pihak akan mengembangkan lagi aktiviti kerjasama dalam bidang ketenteraan ini demi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk menceburi bidang ketenteraan di masa hadapan.

Dalam perjumpaan hampir sejam itu, Suhaimi turut menzahirkan rasa terima kasih kepada USM dan berharap akan ada kerjasama di masa akan datang bersama-sama USM khususnya dalam aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada pelajar yang menyertai PALAPES ini.

Suhaimi dalam lawatannya selama satu hari di Pulau Pinang ini turut mengadakan perjumpaan bersama-sama pegawai muda PALAPES dari Institut Pengajian Tinggi Awam antaranya Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan USM.  

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1063

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024