HENTIKAN SEBAR BERITA TUMBUHAN BERACUN - BUAT ADUAN RASMI UNTUK DIKAJI SEGERA
Kenyataan Rasmi:
HENTIKAN SEBAR BERITA TUMBUHAN BERACUN - BUAT ADUAN RASMI UNTUK DIKAJI SEGERA
Kami menerima banyak pertanyaan tentang perkara yang diviralkan melalui media sosial yang terdapat tumbuhan beracun yang menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan Universiti Sains Malaysia (USM).
USM memohon supaya pihak yang menyebarkan berita ini membuat aduan rasmi dengan bukti-bukti yang berkaitan untuk membolehkan USM menjalankan siasatan rasmi.
Membuat viral tanpa bukti yang sahih seperti ini hanya akan menimbulkan masalah. USM sedia membuat siasatan rapi dengan kepakaran yang ada di Pusat Pengajian Sains Kajihayat mahu pun bidang-bidang lain yang berkaitan.
USM kesal dengan penyebaran maklumat seperti ini dan berharap mereka berkenaan segera tampil membantu kami. USM juga memohon agar penyebaran maklumat ini dihentikan segera sehingga kita mempunyai bukti sahih untuk menjelaskan tentang dakwaan yang dibuat.
(MOHAMAD BIN ABDULLAH)
Pengarah
Pusat Media dan Perhubungan Awam
Universiti Sains Malaysia
- Created on .
- Hits: 1482