USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KAMPRI BANTU PELAJAR USM DARI KELUARGA BERPENDAPATAN RENDAH

PULAU PINANG, 16 November 2015 – Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia (MPPUSM) meneruskan lagi agendanya dalam menjaga kebajikan para pelajar USM melalui pelancaran Bantuan Kami Prihatin (KamPRI).

Berkat usaha padu yang berterusan selama dua bulan, akhirnya MPPUSM buat julung kalinya berjaya merealisasikan KamPRI sebagai inisiatif yang mengutamakan bantuan kebajikan dalam bentuk bukan kewangan melalui pemberian makanan dan minuman secara percuma kepada pelajar-pelajar USM yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah.

Demikian ujar Pengarah Projek KamPRI yang juga merupakan Naib Yang Dipertua II MPP USM, Wang Wee Foong.

Menurut Wang, KamPRI tidak akan menjadi kenyataan tanpa sumbangan murni daripada pihak penaja dan penyumbang yang terdiri daripada korporat swasta dan badan-badan amal di sekitar Pulau Pinang.

"Melalui projek kemanusiaan sebegini, nescaya akan terbentuknya satu kesatuan dalam kalangan komuniti kampus tanpa batasan dan limitasi," katanya.

Tambahnya lagi, ikhlas dari lubuk hati, saya bagi pihak USM ingin berterima kasih kepada mereka yang telah memberi sumbangan secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan KamPRI ini dan semoga semua yang terlibat memperoleh manfaat yang terbaik bagi projek ini.

Majlis Pelancaran Bantuan KamPRI telah diadakan pada 15 Disember 2015 di Dewan Pembangunan Siswa 1 Kompleks Cahaya USM.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1059

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024