USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

WARGA USM DISERU PUPUK KERJASAMA SATU KELUARGA

45745g

PULAU PINANG, 12 Disember 2015 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman menyeru supaya warga USM sentiasa mengeratkan hubungan dan kerjasama berpasukan atas nama USM sebagai sebuah keluarga yang besar.

"Kerjasama, perpaduan dan pemupukan budaya sayangkan institusi akan mampu memberi impak yang positif untuk jangka masa panjang kepada USM," kata Omar.

Tambah Omar, nilai-nilai murni ini perlu disokong dan dibudayakan secara konsisten supaya individu yang berkhidmat dengan USM dapat menzahirkan rasa sayang dan kesetiaan kepada USM melalui kerja rutin di pejabat.

"Pada tahun ini, Hari Warga Staf memilih tema 'Sehati Sejiwa' bertepatan dengan salah satu daripada 9 Teras Apex iaitu pengorbanan yang bersedia untuk melakukan apa sahaja usaha berterusan dengan tulus ikhlas untuk menjayakan misi universiti," tambahnya lagi ketika ucapan perasmian sempena Hari Warga Staf USM yang diadakan di padang Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) USM.

Lebih 500 orang warga USM memeriahkan lagi acara ini termasuk Timbalan-timbalan Naib Canselor USM, Ketua-ketua jabatan dan pegawai utama universiti dengan mengambil bahagian dalam pelbagai acara yang diadakan.

Omar turut berharap para peserta yang mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan dapat menghayati dan menyemarakkan rasa kebersamaan seluruh warga universiti kepada USM.

Teks: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 735

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024