USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM AMBIL INISIATIF GEMPUR DENGGI - DENGUE MISSION BUZZ

fbfd

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

PULAU PINANG, 13 Disember 2015 - Mengikut statistik pemantauan, kes Denggi yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 18 November 2015, ia menunjukkan dari bulan Januari hingga November, jumlah kumulatif kes Denggi dilaporkan adalah sebanyak 104,910 kes, berbanding 88,806 kes bagi tempoh yang sama tahun 2014, peningkatan sebanyak 18.1% (16,104 kes).

Jumlah kumulatif kematian akibat Denggi pula adalah sebanyak 284 kematian, berbanding 169 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2014, meningkat sebanyak 115 kematian (68%).

Demikian ulasan oleh Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid untuk mempromosikan program ini.

"Melihat kepada lokaliti wabak sehingga 14 November 2015, Pulau Pinang berada pada kedudukan yang keempat selepas Selangor, Johor, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya dengan jumlah wabak sebanyak 42 dan jumlah zon hotspot pula sebanyak 4 kawasan dan Daerah Timur Laut merupakan satu daripada zon hotspot yang dilaporkan mencatat kes demam denggi tertinggi," katanya.

Tegasnya lagi, satu daripada lokaliti yang paling hampir dengan kampus Universiti Sains Malaysia (USM) dikenalpasti oleh Jabatan Kesihatan Negeri ialah Lengkok Sungai Dua yang menyumbang kepada kes Denggi ini.

"Dengan peningkatan kes Denggi sebagaimana yang telah dilaporkan, Pusat Sejahtera USM telah mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Misi Gempur Denggi "Dengue Mission Buzz" yang merupakan satu program kerjasama dengan Syarikat Sanofi Pastuer Sdn Bhd selaku penaja iaitu syarikat pengeluar vaksin terkenal.

Mengulas lanjut, beliau berkata program inisiatif oleh Pusat Sejahtera ini adalah bertujuan bagi mendidik dan juga menggalakkan warga kampus supaya mengambil sikap lebih proaktif terhadap Denggi dan juga memberi perhatian yang serius kepada mesej tidak membuang sampah merata-rata dan memusnahkan tempat-tempat pembiakan Aedes setiap minggu dengan hanya perlu meluangkan masa 10 minit sahaja.

Dalam program ini peserta akan diberikan pendedahan tentang kaedah-kaedah untuk mengatasi denggi dan selain dari itu beberapa jenis permainan yang berfokuskan denggi juga ada disediakan.

Pusat Sejahtera selaku penganjur berharap agar program ini akan disertai seramai mungkin warga USM.

Program akan berlangsung pada 14 Disember 2015 jam 9.30 pagi di Pusat Sejahtera USM Kampus Induk.


 

  • Created on .
  • Hits: 987

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024