USM ANJUR SEHARI BERSAMA MAJLIS PENGHUNI DESASISWA
PULAU PINANG, 13 Disember 2015 - Untuk pertama kalinya Majlis Penghuni Desasiswa (MPD) Tekun menjadi tuan rumah menganjurkan Sehari Bersama MPD yang menggabungkan aktiviti yang melibatkan semua desasiswa USM.
Menurut Penggawa Desasiswa Tekun Dr. Nazarudin Zainun, tujuan diadakan Sehari Bersama MPD atau "A Day With MPD" anjuran MPD Tekun adalah untuk mengeratkan hubungan dan kerjasama antara MPD di Kampus Induk USM Pulau Pinang.
"Sebanyak 18 acara dimainkan yang melibatkan lebih 300 orang peserta daripada semua desasiswa induk yang mewakili MPD masing masing malah semua pegawai desasiswa juga digalakkan untuk datang sebagai tanda sayang dan kasihnya kita kepada semua anak didik kita," kata Nazarudin.
Jelas Nazarudin, konsep permainan bukan mewakili desasiswa masing-masing tapi campuran, malah setiap pasukan adalah gabungan wakil daripada setiap desasiswa.
"Kami melihat usaha ini penting dalam menyatukan semua penghuni desasiswa kerana banyak aktiviti sekarang ini dilakukan secara bersendirian dan ini dicadangkan untuk menjadi acara tahunan pada skala lebih besar mungkin melibatkan semua desasiswa USM," katanya lagi.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 783