USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ALPHA NAIB JOHAN PESTA HOKI PENANG INTERNATIONAL KATEGORI IPT

PULAU PINANG, 12 Disember 2015 - Pasukan dari Universiti Sains Malaysia (USM), USM ALPHA telah menjadi Naib Johan Kategori IPT dalam Pesta Hoki USM-Penang International edisi ke-42.

Jurulatih Pasukan, Dr. Jamalsafri Saibon memberitahu, beliau bersyukur dan berasa bangga dengan prestasi yang dipamerkan oleh pemain khususnya keseluruhan ahli pasukan.

"Pemain telah membuktikan bahawa tanpa pemain bertaraf bintang seperti pasukan-pasukan lain, pasukan USM ALPHA masih mampu memberi cabaran yg hebat," jelas Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan itu.

Tambahnya lagi, walaupun latihan singkat terpaksa diadakan di stadium hoki Sungai Petani ekoran masalah padang, namun ia telah memberi kesan positif terhadap corak permainan pasukan apabila Muhd Faiz dipilih sebagai penjaring terbanyak kejohanan bagi kategori ini.

"Di samping itu, Izzat Halim pula dinobatkan selaku penjaga gol terbaik kejohanan dan diharapkan melalui kejayaan-kejayaan ini, ianya akan menjadi pencetus kepada kejayaan yang lebih cemerlang dimasa akan datang bagi pasukan hoki USM," ulas lanjut beliau.

Pesta Hoki USM-Penang International edisi ke-42 membuka tirai dengan penyertaan 342 buah pasukan yang bakal berentap merebut kejuaraan tahun ini.

Pesta Hoki USM-Penang International diiktiraf sebagai penganjuran enam dan tujuh sebelah terbesar di Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pesta ini turut merangkul anugerah kebangsaan 'Anugerah Kepimpinan Sukan' untuk kepimpinan cemerlang daripada Majlis Sukan Negara, diiktiraf sebagai penyertaan terbesar sebanyak 410 pasukan dalam sejarah Pesta Hoki dan turut disenarai sebagai penganjuran pertandingan hoki tanpa henti oleh Malaysian Book of Records pada 2007 dan 2009.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 940

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024