USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

XEh RAPID: KIT KESAN PENYAKIT LUAR USUS TERIMA ANUGERAH KHAS PECIPTA 2015

IMG 7746

PULAU PINANG, 8 Disember 2015 – XEh Rapid: Fast Detection of Extraintestinal Amoebiasis, produk penyelidikan Pensyarah Institut Penyelidikan Perubatan Molekular (INFORMM), Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dr. Rahmah Noordin menerima anugerah khas dan juga pingat emas di Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2015) kali ke-14 di Kuala Lumpur baru-baru.

Produk ini adalah satu kit mudah serta pantas dalam memberikan keputusan bagi mengesan  penyakit di luar usus manusia.

Menurut Rahmah, kit seperti ini sangat diperlukan di negara-negara seperti Vietnam, Pakistan dan Mexico yang mana mempunyai taraf ekonomi yang rendah dan penyakit cepat berjangkit.

“Negara-negara ini mempunyai risiko penyebaran penyakit yang luas iaitu antara 10000 – 45000 kes dalam Amoebic Liver Abscess (ALA) setahun, oleh itu kit ini dapat mengesan penyakit tersebut dengan pantas dan mudah untuk di bawa ke mana-mana,” tambah Rahmah.

“Kit ini mempunyai sensitiviti yang tinggi dalam mengesan penyakit, mudah digunakan dan keputusan yang diperolehi adalah kurang daripada 20 minit,” kata Rahmah yang pernah menjadi Timbalan Pengarah INFORMM pada tahun 2002-2012.

4

“Alhamdulillah, terima kasih kepada Allah S. W.T. kerana idea dan produk ini memenangi pingat emas dan juga anugerah khas. Terima kasih juga kepada semua yang telah banyak membantu terutamanya pengurusan tertinggi universiti dan juga Pejabat Inovasi dan Pengkomersialan,” kata Rahmah.

Rahmah telah menghasilkan beberapa ujian pantas seperti 'Brugia Rapid' yang telah mendapat pengiktirafan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia serta beberapa produk untuk penyakit lain seperti Toxocariasis, Toksoplasmosis, Strongyloidiasis, Filariasis Bancroftian dan Leptospirosis.

XEh Rapid adalah antara lapan produk USM yang memenangi pingat emas di PECIPTA 2015 anjuran bersama Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh di Majlis Penutup PECIPTA 2015.

3

Turut hadir ialah Timbalan Menteri KPT Dato’ Mary Yap Kain Ching, Ketua Setiausaha KPT , Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang,Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Dato’ Profesor Asma Ismail dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) USM, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan. Teks: Nor Rafizah Md Zain (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) /Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Teks: Nor Rafizah Md Zain (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

  • Created on .
  • Hits: 783

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024