USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PPIP CUNGKIL DAYA KREATIVITI CIPTA INOVASI BERLANDASKAN TENAGA SOLAR

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)


PULAU PINANG, 7 Disember 2015 - Pelajar tahun pertama Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan program Smartex bersama dengan komuniti di Baling, Kedah Darul Aman baru-baru ini.

Program Smartex ini adalah program yang menghubungkan mahasiswa USM bersama dengan pelajar sekolah di sekitar daerah Baling dalam aspek perkongsian dan pemindahan ilmu berkaitan dengan sistem tenaga solar.

Pengarah projek, Mohamad Azroy Effendi Mohd Jasman berkata, program ini menumpukan serta memberikan perhatian khusus ke arah mencungkil daya kreativiti dari kalangan mahasiswa PPIP serta para pelajar di daerah Baling dalam mencipta inovasi menggunakan tenaga solar yang umum.

“Bersesuaian dengan objektif iaitu memupuk budaya penyelidikan, rekacipta dan inovasi dalam kalangan mahasiswa bidang pendidikan dan golongan remaja, ini adalah salah satu agenda pemerkasaan bidang pendidikan iaitu program yang dapat merealisasikan impian ini,” jelasnya.

Tambah Mohamad Azroy Effendi, program sebegini dapat mengembangkan kebolehan dan penciptaan kepada yang terlibat untuk terus maju dalam platform yang lebih tinggi berasaskan pembelajaran berfokuskan penyelesaian masalah.

Mengulas lanjut, bertepatan dengan matlamat lain di mana tujuan program Smartex ini dianjurkan adalah untuk meningkatkan tahap sahsiah wajadiri pelajar dan juga golongan komuniti, program ini juga dapat menjadi pemangkin untuk universiti dan komuniti menghakupayakan penggemblengan tenaga bersama untuk kemajuan dan kelestarian masa hadapan.

Rata-rata pelajar dari sekolah di Baling yang terlibat melahirkan rasa bersyukur dengan program ini kerana sedikit sebanyak melalui program ini mereka dapat mempelajari dan mengembangkan idea berkaitan dengan tenaga solar serta selain itu mereka juga dapat meningkatkan kemahiran diri untuk berdaya saing dengan persekitaran global yang makin mencabar ini.

Program ini telah melibatkan seluruh pelajar tahun pertama PPIP dan beberapa buah sekolah di Daerah Baling.

  • Created on .
  • Hits: 833

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024