USM CEMERLANG DI PECIPTA 2015: TERIMA LAPAN PINGAT EMAS DAN SATU ANUGERAH KHAS
Teks: Nor Rafizah Md Zain (
Foto: Muhammad Firdaus Khiruddin (
KUALA LUMPUR, 6 Disember 2015 -Universiti Sains Malaysia (USM) cemerlang dalam Ekspo Penyelidikan dan Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa (PECIPTA 2015) kali ke-14 dengan menerima lapan pingat emas dan satu anugerah khas serta tujuh pingat perak dan tujuh pingat gangsa.
Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr Omar Osman mengucapkan tahniah kepada semua pemenang yang telah mengharumkan nama universiti dan kali ini penyertaan adalah lebih menyeluruh iaitu melibatkan keempat-empat kampus USM iaitu Kampus Induk, Kejuruteraan, Kesihatan dan juga Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).
"Saya yakin kesemua penyelidik ini menghasilkan produk-produk yang dalat dimanfaatkan oleh masyarakat dan juga pemain industri," kata Naib Canselor.
Produk yang memenangi Anugerah Khas bagi kategori terbuka adalah hasil kajian Profesor Dr. Rahmah Noordin, pensyarah dari Institut Penyelidikan Perubatan Molekular (INFORMM) iaitu XEh Rapid: Fast Detection of Extraintestinal Amoebiasis iaitu kit mudah serta pantas dalam memberikan keputusan dalam kajian penyakit di luar usus.
Produk lain yang memenangi pingat emas adalah seperti di bawah:
BAL EX PHYSIO: Home Based Physiotheraphy Module for Stroke Rehabilitation - Dr. Zuraida Zainun dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Kitchen Waste Carbonizer - Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
CACEZ - Next Generation CO2 Adsorbent to Go Green - Profesor Dr. Ir. Srimala Sreekantan dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
PS-34 Membrane with Moisture Resistance: Unlocking the Potential of Biogas via CO2 Removal - Dr. Leo Choe Peng dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia
Green Chemistry: An Emerging 21st Century Science in Secondary School - Dr. Mageswary Karpuden dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Le Sticho GAG i - Profesor Madya Dr. Farid Che Ghazali dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Mu-Derm, A Natural Angiogenic Product for Skin Heal - Profesor Madya Dr. Amin Malik Shah Abdul Majid dari Pusat Pengajian Sains Farmasi
Pemenang pingat perak dan gangsa juga adalah seperti di bawah:
PINGAT PERAK
DiabeSmile Cookies- Profesor Dr. Wan Rosli Wan Ishak dari Pusat Pengajian Sains Kesihatan
Eco-friendly Cementless Concrete Blocks – Dr. Cheah Chee Ban dari Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan
GreenFoam -3 in 1Multifunctional Packaging Foam from Various Agriculture Wastes – Profesor Dr Hanafi Ismail dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
WUSA- World University Sustainability Assessment – Profesor Dr. Kamarulazizi Ibrahim dari Pusat Kajian Kelestarian Global
Instrusion Detection and Traceback (IDAT)- Profesor Madya Dr. Aman Jantan dari Pusat Pengajian Sains Komputer
Science in Motion (SIM 1.0) – Dr. Mohd Ali Samsudin dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
TricoFab: Antibiotic- Free Cloning and Expression System – Dr. Syed A. Ali dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
PINGAT GANGSA
EG Syrup – Profesor Dr. Fazilah Ariffin dari Pusat Pengajian Teknologi Industri
Green Ceramic Tile from EAF Slag Waste – Profesor Madya Dr. Nurulakmal Mohd Sharif dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Sunlight Activated Metal Oxide Photocatalyst for Organic Pollutant Removal- Dr. Pung Swee Yong dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral
Lagoon-coder_System (LCS) for Underwater Photography – Profesor Dr. Nor Ashidi Mat Isa dari Pusat Pengajian Kejururteraan Elektrik dan Elektronik
A PCR Genotyping Kit for The Detection if Hereditary Presisposition in Recurrent Pregnancy Loss – Profesor Dr Tang Thean Hock dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju
i2D – PAGE: New Dimension in Protein Separation – Dr. Mohd Nazri Ismail dari Pusat Perkhidmatan Analitikal Toksikologi Termaju
FICARRA HARD CAPSULE- Profesor Dr. Norziah Mohd Hani dari Pusat Pengajian Teknologi Industri
PENYERTAAN
TEACH-TALK TOOL : A Training Module for Teachers and Parents to enhance language and Communication in children with autism spectrum disorder – Dr. Low Hui Min dari Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan
Automated Pulse Echo Scanning Unit (ISI i-InspeX) – Dr. Elmi Abu Bakar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Aeroangkasa
Anugerah khas telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato' Seri Idris Jusoh manakala hadiah pingat emas kepada pemenang telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Dato' Mary Yap Kain Ching.
- Created on .
- Hits: 1515