USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MELAKA TERAJU AMALAN TERBAIK KECEKAPAN TENAGA

Teks: Marziana Mohamed Alias (marzianaThis email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Foto: Muhammad Firdaus Khirudin (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

PUTRAJAYA, 2 Dis. 2015 – Bandar bersejarah, Melaka menjadi negeri pertama yang dipilih menjayakan program mengubah gaya hidup untuk melestarikan kecekapan tenaga, sekaligus menjadi role model kepada pihak lain untuk menjalankan usahasama ke arah menggunakan tenaga secara berhemah.

Bermula September 2014, 30 buah sekolah menengah terpilih di negeri itu telah melalui fasa perubahan gaya hidup bagi menjayakan program kecekapan tenaga melalui kerjasama dengan ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) di bawah program pemindahan ilmu (KTP).

Usaha murni dalam mendidik masyarakat itu dikenali sebagai  Program Kelestarian Tenaga Menerusi Aktiviti Amalan Terbaik Kecekapan Tenaga Di Sekolah Menengah Terpilih di Negeri Melaka, dan ia telah mula dilaksanakan pada September 2014.

Akademia merangkap Ketua Projek tersebut, Profesor Madya Dr. Mohd. Wira Mohd. Shafiei berkata, program berkenaan bermatlamat mendidik generasi muda untuk mengamalkan amalan terbaik dalam menggunakan tenaga secara berhemah.

Katayanya, sikap memainkan peranan yang penting untuk menjayakan kecekapan tenaga, seterusnya mendidik masyarakat menghargai sumber tenaga dan tidak lagi mengamalkan pembaziran yang tidak sepatutnya.

“Kita hanya memfokuskan program kepada perubahan amalan gaya hidup.  Antaranya membentuk sikap positif termasuk sentiasa menutup suis lampu dan kipas bila tidak lagi menggunakannya, menggunakan air dengan berhemah dan sebagainya.

“Kesemuanya adalah mengenai gaya hidup dan melaluinya kita dapat melahirkan generasi yang lebih bertanggungjawab dan dapat menggunakan sumber tenaga dengan lebih cekap,’’ katanya ketika ditemubual bersempena Persidangan Antarabangsa Pemindahan Ilmu (ICTK) 2015 di sini semalam.

Beliau juga berkata, pihaknya meletakkan sasaran untuk merealisasikan objektif mencapai penjimatan sehingga lima peratus di sekolah-sekolah yang terlibat berbanding sebelum mereka menjalani program tersebut.

Mengulas objektif itu, beliau yakin ia akan berjaya direalisasikan jika melihat kepada impak yang telah dicapai dalam projek yang akan berakhir pada bulan Mac tahun depan itu.

“Kita yakin program ini akan mencapai sasaran ditetapkan iaitu penjimatan sehingga lima peratus terhadap penggunaan tenaga.

“Program ini bukan sekadar penjimatan dan pengurusan sumber secara berhemah, namun ia turut dapat menambahbaik proses pemantauan pengurusan sekolah oleh pihak yang terlibat termasuk Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)," katanya.

 

  • Created on .
  • Hits: 930

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024