PPAG ANJUR IMT-GT PERTAMA BINCANG ISU ARKEOLOGI
Teks: Nor Rafizah Md Zain (
Foto: Zamani Abdul Rahim (
PULAU PINANG, 1 Disember 2015 – Pusat Penyelidikan Arkeologi Global (PPAG) Universiti Sains Malaysia (USM) buat pertama kalinya menganjurkan Indonesia-Malaysia-Thailand Growth Triangle (IMT-GT) Archaelogy Workshop yang mana bertujuan untuk berkolaborasi bersama di antara ketiga-tiga buah negara dan berkongsi kepakaran masing-masing.
“Melalui bengkel ini diharap ianya akan menandakan satu permulaan baru dalam usaha bersama untuk memelihara dan memulihara khazanah arkeologi serantau selaras dengan semangat ASEAN dan IMT–GT,” kata Pengarah PPAG USM yang juga salah seorang pembentang kertas kerja dalam bengkel ini, Profesor Dato’ Dr. Mohd Mokhtar Saidin yang mewakili Naib Canselor USM, Profesor Dato’ Dr Omar Osman.
“Saya juga berharap, kita semua dapat bersama-sama maju ke hadapan dalam bidang arkeologi serta memahami lebih sejarah negara kita Malaysia serta negara serantau Indonesia dan Thailand juga,” tambah beliau yang juga mengetuai delegasi semua peserta ke tapak arkeologi Sungai Batu, Kedah dan juga Guar Kepah, tapak neolitik yang telah mendedahkan bukti awal melalui adaptasi marin yang terletak tidak jauh dari Lembah Bujang,Kedah.
Mohd Mokhtar juga membentangkan kertas kerja mewakili Malaysia yang bertajuk "The Neolithic Site of Guar Kepah and Its Contribution to the southeast Asia Archeology".
Pensyarah Silpakorn University, Thailand Profesor Dr Rasmi Shoocongdej membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Marine Adaptation During The Neolithic Period In Thailand’ manakala Penyelidik Kanan Pusat Penelitian Arkeologi Nasional, Indonesia Profesor Dr. Harry Truman Simanjuntak membentangkan kertas bertajuk "Marine Adaptation During Neolithic Period in Indonesia.
Menurut Rasmi, masih banyak bidang arkeologi yang perlu diterokai di Indonesia, sebuah negara yang mempunyai banyak kepulauan ini pastinya ada perbandingan artifak dan bukti peninggalan sejarah di utara dan selatan negara Indonesia.
Bengkel ini adalah anjuran bersama PPAG USM dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Unit Perancang Ekonomi Negeri dan telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Profesor Dr. Ramasamy Palanisamy.
Turut hadir adalah Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Dato’ Abu Jamal Nordin serta lebih 50 orang peserta dari pada ketiga-tiga buah negara.
Lawatan ke tapak arkeologi Sungai Batu dan Guar Kepah ini semestinya memberikan pandangan yang jelas kepada semua ahli arkeologi mengenai eskavasi yang telah USM jalankan sejak lebih 20 tahun lalu.
Teks: Nor Rafizah Md Zain
Foto: Zamani Abdul Rahim
- Created on .
- Hits: 817