USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM JUARA KUIZ CABARAN MICPA-CAANZ 2015

IMG 20151128 WA0017

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

PULAU PINANG, 30 November 2015 – Pelajar PP Pengurusan (SOM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengharumkan nama universiti apabila muncul juara dalam Kuiz Cabaran MICPA-CAANZ tahun 2015 baru-baru ini. 

Ahli kumpulan USM terdiri daripada Chan Fung Han, Muhammad Azneel dan Foo Chi Khing yang masing-masing merupakan pelajar jurusan perakaunan. 

Mereka melahirkan rasa kesyukuran atas kemenangan yang diperolehi ini dan akan terus menyumbang kepada SOM amnya dan USM khususnya. 

Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Jaringan, Dr. Amirul Shah Md. Shahbudin berkata, kejayaan yang dicapai oleh para pelajar ini merupakan hasil usahasama semua pihak yang berganding bahu bagi merealisasikan kemenangan ini. 

"Saya jangkakan, kejayaan sebegini akan diteruskan pada masa hadapan justeru ianya dapat membawa SOM menjadi antara pusat pengajian yang terkemuka dan cemerlang secara holistik," katanya. 

Tambah Amirul, dengan kemenangan ini, beliau berharap agar para pelajar lain dapat menjadikannya sebagai batu lonjakan untuk mereka terus menyumbang kepada kegemilangan SOM. 

Pasukan USM mengenepikan 3 pencabar utama iaitu Malaysia Multimedia University (MMU), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan juga Universiti Malaya (UM) dengan memperolehi mata keseluruhan sebanyak 37 dalam disiplin berkaitan perakaunan, pengauditan, pengetahuan komersial, undang-undang komersial dan syarikat, pencukaian dan pengetahuan umum. 

Selaku juara, USM membawa pulang piala dan juga wang tunai sebanyak RM800. 

Pertandingan ini adalah anjuran Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA) dan Chartered Accountants Australia dan New Zealand (CAANZ).

 

  • Created on .
  • Hits: 1124

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024