USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BJIM USM JALIN KERJASAMA DENGAN B. BRAUN

IMG 6034hj

Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

PULAU PINANG, 30 November 2015 – Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengorak selangkah ke hadapan dalam hubungan dan jaringan dengan pihak industri dengan menjalinkan kerjasama dengan B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd. (B. Braun).

USM yang diwakili oleh Naib Canselor, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman manakala B. Braun diwakili oleh Presiden B. Braun Asia Pasifik, Anna Maria Braun menandatangani Memorandum Perjanjian untuk bekerjasama dalam penyelidikan yang berkaitan dengan industri peralatan perubatan.

Menurut Naib Canselor, jalinan kerjasama ini dapat memberikan pelbagai kelebihan kepada kedua-dua pihak dan USM juga ada menawarkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah kepada industri yang berminat untuk menghantar kakitangannya melanjutkan pengajian.

IMG 6045fgjg

“USM pada tahun ini telah melahirkan seramai 886 orang graduan Doktor Falsafah dalam pelbagai bidang dan USM menggalakkan staf dalam bidang penyelidikan di industri untuk menjalankan penyelidikan bersama USM,” kata Omar.

B. Braun telah lama bekerjasama dengan USM melalui pelbagai medium termasuk menerima para pelajar USM untuk latihan industri serta memberikan sumbangan kepada pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr. Srimala Sreekantan untuk menjalankan penyelidikan “Studies on Bacterial Agent Filled Polypropylene or Polyurethane for Antimicrobial Application”.

IMG 6057fgjg

B. Braun yang ditubuhkan pada tahun 1837 di Jerman dan 1972 di Malaysia mempunyai lebih 54,000 orang kakitangan di 62 buah negara dengan moto ‘Sharing Expertise’. B. Braun juga adalah syarikat pengeluar peralatan perubatan.

“Penyelidikan dalam bidang perubatan ini perlu dijalankan secara berperingkat dan B. Braun akan terus bekerjasama dengan USM melalui pelbagai jabatan yang berkaitan dengan bidang kami,” kata Anna yang juga pernah mengadakan lawatan ke Institut Perubatan dan Pergigian Termaju USM di Bertam.

IMG 6115ukg

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM, Profesor Dato’ Dr. See Ching Mey, Pengarah Industri BJIM, Profesor Madya Dr. Mutharasu Devarajan dan Pengarah Komuniti BJIM, Syed Yusuf Syed Kechik, Timbalan Presiden Kanan B. Braun, Dr. Juergen Schloessor serta pengurusan tertinggi B. Braun.

 

  • Created on .
  • Hits: 1396

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024