USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA USM-TUT BAWA PEMENANG NOBEL KONGSI KEJAYAAN

IMG 6156ghg

Teks: Marziana Mohamed Alias (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

PULAU PINANG, 30 November 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Toyohashi University of Technology, Jepun berjaya mendekatkan warga kampus dengan Pemenang Nobel Prize dalam Fizik (CP-Violation), 2008, Profesor Dr. Makoto Kobayashi melalui sesi syarahan bertajuk 'Matter and Antimatter - Violation of CP Symmetry', di sini hari ini.

Dengan kehadiran kira-kira 300 peserta, Makoto berkongsi pengalaman luasnya sehingga berjaya menemukan kejayaan luar biasa yang menerangkan kerja kerasnya mengkaji 'the smallest constituents' dalam semesta.

Beliau menerima Hadiah Nobel berkenaan bersama seorang lagi saintis terkemuka Jepun, Toshihide Maskawa, yang juga senior beliau ketika menuntut di Nagoya University, Jepun melalui kerja keras mereka dalam 'discovery of the origin of the broken symmetry which predicts the existence of at least three families of quarks in nature'.

DSC 4441j

Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, banyak manfaat diperoleh melalui program ini khususnya dalam mendedahkan banyak perkara yang perlu dikaji secara lebih mendalam dalam bidang "particle physics".

Katanya, ia turut menunjukkan komitmen tinggi kedua-dua pihak memberi makna dan manfaat dalam kolaborasi dua universiti iaitu di antara USM dan TUT.

Tambah beliau, kejayaan penganjuran syarahan minda genius dunia itu turut disifatkan sebagai satu mercu tanda kerjasama akadamik USM dalam penyelidikan dengan universiti-universiti di Jepun.

"USM turut berbangga kerana Profesor Dr. Makoto Kobayashi sudi menerima undangan peribadi NC untuk berkongsi pengalamannya bersama warga kampus," ujarnya.

DSC 4435fghgf 

Yang hadir sama ke majlis ini ialah Executive-Trustee merangkap Vice-President TUT, Profesor Dr. Mitsuteru Inoue dan Presidential Advisor (International Affairs) TUT, Profesor Dr. Atsunori Matsuda, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi USM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan, TNC Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato' Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal, TNC BJIM, Profesor Dato' Dr. See Ching Mey dan sebagainya.

 

  • Created on .
  • Hits: 796

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024