KEMBARA ALAM LESTARI ILMU KEROHANIAN BERSAMA ORANG ASLI GERIK - SRMUSM
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah (
Foto: Fatiah Jamil (SRMUSM)
PULAU PINANG, 30 November 2015 – Sekretariat Rakan Muda (SRM) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menganjurkan Kembara Alam Lestari Ilmu yang merupakan program berfasa dan dicadangkan akan diadakan sebanyak 6 fasa pada tahun ini.
Sekretariat SRMUSM, Fatiah Jamil berkata, Program kembara kali ini adalah program fasa ke-4 dan berunsurkan dakwah serta merupakan aktiviti kesukarelawanan berfokus terhadap golongan sasaran iaitu orang asli.
"Antara objektif utama kembara kali ini ialah memberi pendidikan berunsurkan kelestarian melalui pendekatan kerohanian dan mendekati sistem adat budaya di kawasan perkampungan untuk merapatkan lagi hubungan bersama komuniti ini," jelas pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat ini.
Tambah Fatiah lagi, pihak sekretariat mempunyai matlamat juga untuk sama-sama membangunkan pendidikan dan hubungan saudara bersama orang asli ini dan untuk fasa kali ini, penekanan lebih memfokuskan bab-bab berkaitan solat, dan asas-asas dalam keagamaan seperti syahadah buat kanak-kanak.
Bagi golongan dewasa pula, jalinan hubungan persaudaraan dipereratkan melalui aspek berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih mengenali adat budaya mereka melalui persembahan membudayakan diri.
Rata-rata golongan orang asli ini melahirkan rasa bersyukur dan juga amat bertuah sekali dengan apa yang mereka perolehi selama program ini dan juga keakraban hubungan bersama SRMUSM makin dirapatkan.
Seramai 18 orang ahli SRMUSM terlibat untuk program kembara selama tiga hari daripada 27 hingga 29 November 2015 ini yang bertempat di Kampung Desa Damai, Gerik, Perak.
- Created on .
- Hits: 701