USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM GALA PROGRAM JALINAN BUDAYA USM-UNY 2015 MERIAH

PULAU PINANG, 29 November 2015 –  Malam Gala Program Jalinan Budaya USM dan Universitas Negeri Yogyakarta (UNY), Indonesia 2015 dan Universiti Sains Malaysia (USM) berjalan meriah di sini.

Penyelaras Program, Muhamad Al Hafiz Md Sani, 28, berkata program ini bertujuan sebagai pertukaran budaya antara USM dan UNY seperti seni tarian dan seni vokal.

Pegawai Kebudayaan di Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni (HEPA) menjelaskan USM diwakili oleh Kumpulan Kesenian Adikarma (Adikarma) yang mempersembahkan tarian yang cukup menarik manakala UNY pula diwakili oleh seramai 41 mahasiswa dari Kumpulan Swara Wadhana dengan persembahan koir yang merdu.

Ini merupakan program kedua yang diadakan pada tahun 2015. Sebelum itu, Universitas Indonesia dan Universitas Dipenogoro telah menjayakan program pertama yang dianjurkan USM.Antara persembahan yang dijayakan Adikarma ialah tarian Canggung, Gamelan Selendang Seri Ayu, Silat Tombak, Dikir 3D, tarian Sarawak, Joget Lambak. Kumpulan Swara Wadhana mendendangkan koir yang berjudul Nyiur Hijau, Jangkrik Genggong, O Ina Ni Keke, Sigulempong, Romo Ono Maling, Menthok-menthok, Kaden Saja dan Doa Anak Negeri.

Pengarah HEPA Dr. Nazarudin Zainun pula berkata program seperti ini amat baik sekali kerana budaya lama semakin ditelan zaman dengan adanya pengaruh daripada media sosial ketika ini.

Pembina Unit Kegiatan Mahasiswa Swara Wadhana, Ibu Maria Goreti Widiastuti berkata, kesemua 41 mahasiswa yang menyertai persembahan koir ini tidak mempunyai pengalaman seni vokal dan tarian, tetapi minat dan bakat yang ada pada diri masing-masing yang menyebabkan mahasiswa-mahasiswa ini berjaya melakukannya.

Yang turut hadir ke program kali ini ialah Konsul Jeneral Republik Indonesia, Bapak Taufiq Rodhy bersama isteri, pegawai-pegawai serta pelajar USM.

Teks dan Foto: Zamani Abdul Rahim (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

  • Created on .
  • Hits: 717

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024