USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU JADIKAN BUKIT MERAH HUB SUKAN AIR WILAYAH UTARA

IMG 20151129 WA0006

BUKIT MERAH, 29 November 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) komited membantu menjadikan Bukit Merah Laketown Resort sebagai hub sukan air Wilayah Utara, sekaligus menambah daya tarikan yang ada pada kawasan percutian keluarga itu.

Komitmen itu disuarakan melalui memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani di antara USM dengan MK Land di sini hari ini.

Naib Canselor, Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, USM sentiasa menyokong usahasama memajukan sukan dan gaya hidup sihat serta berbesar hati diberi peluang membantu menjadikan Bukit Merah sebagai lokasi terkemuka acara sukan dan rekreasi khasnya sukan air.

"USM bukan sahaja melihat pembangunan bidang akademik semata-mata sebaliknya turut mengiktiraf kepelbagaian kecemerlangan termasuk dalam bidang sukan dan rekreasi.

IMG 20151129 WA0008

"Sukan juga berperanan sebagai medium yang menggalakkan perpaduan dan pembangunan nasional."USM turut komited untuk membawa ahli-ahli sukan berpotensi sebagai warga pelajar dan akan sebaik mungkin menggilap kecemerlangan mereka ke tahap yang lebih tinggi," ujarnya.

Tambahnya, USM akan meneruskan usaha bersama pihak MK Land dalam usaha memacu kecemerlangan masa hadapan.

Omar hadir menandatangan MoU tersebut bagi pihak USM manakala Pengurus Besar Kanan Kumpulan-Operasi MK Land Holdings Berhad, Zulkipli Sidin hadir menandatangan MoU bagi pihak MK Land.

IMG 20151129 WA0011

Yang turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato' Dr. Adnan Hussein dan Ketua Operasi Kumpulan MK Land, Mohamad Mukhriz Mohamad Roslan.

Selain majlis penandatanganan MoU, turut diadakan pelancaran program rekreasi wanita, pertandingan basikal bukit dan penyerahan basikal kepada Kelab Rekreasi USM di samping pelancaran pertandingan sukan air termasuk kayak, rakit serta lawatan tapak pameran sukan air.

Teks: Marziana Mohamed Alias (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.)

Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah



  • Created on .
  • Hits: 953

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024