USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGURUSAN KELUARGA BANTU TINGKATKAN PRODUKTIVITI KERJA

KUBANG KERIAN, 28 November 2015 – Jabatan Perubatan Keluarga dengan kerjasama Persatuan Perubatan Keluarga (FAMOUS) mengadakan seminar ‘Cool Mum Super Dad’ bagi memberi pendedahan cara pengurusan kekeluargaan lebih efektif hari ini.

Program yang berlangsung di Dewan Kuliah 2, Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG), Universiti Sains Malaysia (USM) menjemput dua orang penceramah bebas yang pakar dalam bidang berkaitan.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Keluarga, Profesor Madya Dr. Juwita Shaaban, program ini merangkumi keseluruhan aspek dalam kekeluargaan sama ada yang telah berkahwin atau pun belum berkahwin.

“Seminar ini banyak mendedahkan kepada peserta cara mengurus keluarga mengikut pandangan Islam dan cara menguruskan keluarga bagi ibu bapa yang bekerja supaya hasil mutu kerja tidak terganggu dan seterusnya dapat meningkatkan produktiviti diri serta jabatan,” katanya.Seminar ini turut memberi latihan praktikal menghadapi situasi kecemasan kepada ibu bapa untuk membolehkan peserta lebih mendalami isu berkaitan.

Penceramah Bebas, Jamilah Samian berkata, dalam perkahwinan setiap pasangan akan mengalami beberapa fasa seperti bercinta, pergaduhan, bulan madu, salah faham dan pelbagai lagi kerana ini adalah asam garam dalam rumah tangga.

“Mengikut kajian yang dijalankan, pasangan yang telah berkahwin lebih daripada 20 tahun perasaan cintanya terhadap pasangan sangat kuat.

“Pasangan yang bahagia juga turut mempunyai masalah yang sama dari segi kewangan, anak-anak dan sebagainya,” katanya.

Seminar sehari ini disertai oleh seramai 60 orang peserta dari dalam dan luar kampus.

Teks: Muhd Zulkifli Zakaria

Foto: Muhammad Amin Syafiq Sakri

  • Created on .
  • Hits: 1183

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024