SERTAI RUN WALK WHEEL SEMPENA HARI ANTARABANGSA OKU 2015
PULAU PINANG, 28 November 2015 - Orang ramai dijemput mengambil bahagian dalam Projek Komunikasi @ USM-YOKUK melalui Larian Run Walk Wheel pada 5 Disember 2015 di Taman Botani Pulau Pinang sempena Hari Antarabangsa Orang Kurang Upaya (OKU).
Bertemakan “Enhancing Lives with Love, Care and Hope”, Projek Komunikasi @ USM-YOKUK ini bertujuan untuk menggalakkan penyertaan bagi semua golongan masyarakat yang mempunyai kebolehan yang berbeza dalam meraikan gaya hidup aktif pada masa yang sama menyatukan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat demi kebaikan bersama.
Dekan PP Komunikasi, Profesor Madya Dr. Jamilah Hj. Ahmad juga menjemput semua warga USM menyertai program ini untuk menyokong projek Komunikasi @ USM-YOKUK pada tahun ini yang dijalankan oleh para pelajar PP Komunikasi USM.
Dua kategori yang dipertandingkan ialah kategori Run/Walk sejauh 5km dan juga Wheel sejauh 1km.Yuran penyertaan bagi dewasa adalah RM35, RM25 bagi pelajar dan kanak-kanak, RM20 bagi berkerusi roda yang semuanya diberikan baju-T menarik manakala untuk penyertaan sahaja tanpa mendapat baju-T hanya dikenakan RM10 seorang bagi setiap kategori.
Maklumat lanjut, hubungi Gwen (016-6068812) dan Alexis (018-4016899) ataupun emel ke
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
- Created on .
- Hits: 871