USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI USM ANAK MALAYSIA PERTAMA TERAJUI CYC

12108013 10207994139595709 4345239375931300380 n

PULAU PINANG, 28 November 2015 - Siswazah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik Universiti Sains Malaysia (USM) 2013 menjadi anak Malaysia pertama dipilih sebagai Pengerusi Commonwealth Youth Council (CYC) baru-baru ini.

Kishva Ambigapathy, 25, yang kini sedang melanjutkan pengajian M.Sc di UK atas biasiswa Chevning dipilih oleh 53 orang delegasi CYC dari negara-negara Commonwealth  untuk memimpin pertubuhan itu untuk dua tahun yang akan datang.

Kishva baharu sahaja menandatangani sumpah perlantikannya di hadapan Presiden Malta Marie Louise Coleiro Preca dalam Commonwealth Heads of Government Meeting (CHOGM) yang sedang berlangsung sejak 27 November 2015 hingga 29 November 2015.

CYC ditubuhkan pada tahun 2013 sebagai mewakili suara belia lebih 1.2 bilion generasi belia di negara-negara Commonwealth.

12308294 10207994139795714 1319449143544495011 n

Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato' Dr. Omar Osman merakamkan tahniah kepada Kishva dan menyifatkan kejayaannya bukan sahaja mengharumkan nama negara malah juga USM yang sebelum ini turut melahirkan beberapa orang pemimpin belia negara.

"Kita turut berbangga dengan kejayaannya dan berharap Kishva akan memperolehi kejayaan dalam melakukan perubahan terutamanya melaksanakan segala perancangannya sebagai suara generasi muda Commonwealth," kata Omar.

Kishva adalah anak sulung kepada pensyarah Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan USM Profesor P. Ambigapathy dan pensyarah Pusat Pengajian Seni USM Profesor Madya Dr. Shanti Balraj Baboo.

12313711 10207994140035720 6105395357887661034 n

Adik perempuannya pula yang baharu menamatkan pengajian di Monash University dipilih oleh MYCorps untuk berkhidmat kepada masyarakat di Kemboja.

"Saya bersyukur dan berbangga kerana anak-anak dapat menyumbang ilmu pengetahuan dan pengalaman mereka kepada masyarakat kerana pengetahuan bukan pengetahuan sekiranya tidak dikongsi dengan masyarakat umum," kata Ambigapathy mengulas kejayaan anak-anaknya.

Teks: Mohamad Abdullah

Foto: Facebook CYC

  • Created on .
  • Hits: 717

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024