USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PUSAT TRAUMA HOSPITAL USM SEDIA KEMUDAHAN SISTEM CT TERKINI

KUBANG KERIAN, 28 November 2015 – Hospital USM kini mempunyai sistem Multislice Helical Computed Tomography (CT) yang mempunyai pengesan sinar-x sebanyak 80 baris berupaya untuk menghasilkan 160 hirisan imej bagi setiap putaran melalui mesin Toshiba Aquilion Prime.

Timbalan Pengarah Kanan Klinikal, Hospital USM, Dr. Nik Min Ahmad yang mewakili Pengarah Kampus Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM) ketika merasmikan CME Pelesenan 2015 anjuran Jabatan Radiologi yang berlangsung di Kampus Kesihatan USM sini hari ini berkata, imej CT tidak ada pertindihan antara dua struktur anatomi serta hasil daripada projeksi imej yang dirakamkan semasa imbasan iaitu putaran gantri dan CT Toshiba ini mempunyai banyak teknologi terkini bagi mengurangkan dedahan sinar-x ke atas pesakit dengan 160 hirisan di dalam satu putaran untuk mengurangkan artifaks pergerakan pesakit yang boleh diimbas dengan pantas.

“Mesin CT sangat berguna untuk mengimej kecenderaan otak, Muskuloskeletal, Torasik dan kecenderaan ‘Intra-Abdominal’ sebagai keperluan lumrah apabila bertambahnya kes-kes kemalangan jalan raya, malah mesin ini sangat penting untuk melakukan diagnosis lain seperti kecenderaan tembakan senjata api dan tikaman,” jelasnya lagi.

Tambah Nik Min, kemudahan CT ini juga penting untuk pesakit yang tiba di Pusat Trauma, HUSM bagi mempercepatkan diagnosis dan pengurusan mengenai perawatan kepada pesakit.

Menurut Pensyarah di Jabatan Radiologi selaku Pengerusi CME Pelesenan, Profesor Dr. Wan Ahmad Kamil Wan Abdullah, Model mesin CT ini mempunyai sistem dwi-tenaga yang bertujuan untuk menambahbaikkan kualiti imej dan pada masa yang sama sistem ini membolehkan kecenderaan dapat diagnosis dengan lebih tepat.

“Imej CT yang diimbas akan dapat dilihat oleh doktor-doktor klinik, wad di HUSM serta Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), USM melalui sistem jaringan ‘Picture Archiving and Communication System’ (PACS) dan ‘Radiology Information System’ (RIS) yang ada di HUSM,” katanya.

Tambah Wan Ahmad Kamil, antara kemudahan penting yang disediakan oleh pihak hospital ialah perkhidmatan penjagaan harian (daycare service) untuk pesakit-peskit yang memerlukan pembedahan, kes-kes Oftalmologi, Neuro, Pembedahan Plastik dan kecemasan.

Kira-kira 150 orang peserta menyertai CME ini. Yang hadir sama ialah wakil daripada Toshiba, Kolo Pelesikoti dan Shailendrakumar Jariwala.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail

Foto: Muhammad Sham Mustapha

  • Created on .
  • Hits: 1008

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024