USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MINGGU ANTARABANGSA SAJI BUDAYA PELBAGAI NEGARA

PULAU PINANG, 26 November 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) akan mengadakan Minggu Antarabangsa kali ke 10 pada 1 hingga 3 Disember 2015 dan juga International Gala Night pada 8 Disember 2015 di USM anjuran bersama Pejabat Antarabangsa, Postgraduate Students Association, Desasiswa PETAS, Student Buddies dan Institut Pengajian Siswazah (IPS) USM. 
 
Presiden Postgraduate Student Association (PSA), Saiful Yusoff berkata, Minggu Antarabangsa adalah untuk mendekatkan pelajar USM dengan budaya dari pelbagai negara.   
 
"Minggu Antarabangsa ini adalah kesinambungan daripada Hari Antarabangsa yang diadakan baru-baru ini dan pelbagai program akan disajikan untuk memberi pendedahan lebih mendalam dari segi makanan, permainan tradisional, cara berpakaian serta budaya negara-negara yang terlibat," kata pelajar Ijazah Kedoktoran Pentadbiran Perniagaan itu.   
 
Tambahnya lagi, antara pengisian Minggu Antarabangsa dari 1 hingga 3 Disember ini adalah seperti festival makanan, festival filem, permainan kebudayaan, pertandingan melukis dan pameran kebudayaan. 
 
Kemuncak kepada program kali ini adalah International Gala Night dengan pelajar dari pelbagai negara akan mengadakan persembahan kebudayaan yang mempotretkan identiti masing-masing.
 
Tiket untuk International Gala Night ini boleh didapati di foyer Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) pada 1 hingga 3 Disember 2015 yang berharga RM5 seorang.
 
Negara-negara yang terlibat ialah dari Timur Tengah, Asia Tenggara dan beberapa negara lagi yang mempunyai pelajar antarabangsa yang melanjutkan pengajian di USM.
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 771

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024