USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TIMBALAN MENTERI KESIHATAN RASMI KARNIVAL GAYA HIDUP LESTARI

 

PULAU PINANG, 24 November 2015 – Timbalan Menteri Kesihatan, Dato’ Seri Dr. Hilmi Yahaya akan merasmikan Karnival Gaya Hidup Lestari pada hari Sabtu, 28 November 2015 bertempat di Dewan Utama Pelajar, Universiti Sains Malaysia (USM).

 

Karnival dua hari ini adalah anjuran bersama USM, Regional Sejahtera ESD Network (RSEN) dan RCE Penang yang mana menghimpunkan semua ahli RSEN untuk bersama-sama berkongsi kepakaran, mengembangkan idea dan inisiatif kelestarian kepada masyarakat.

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan karnival yang julung kali diadakan bagi memberikan pelbagai maklumat mengenai gaya hidup lestari di samping pelbagai aktiviti dan pertandingan diadakan seperti Pertandingan Masakan Sihat, Life Capture, Mewarna,  VideoLog dan Akustika Sihat.

Antara aktiviti lain yang akan diadakan adalah sesi perkongsian pengalaman oleh pelbagai agensi kerajaan mengenai Kepentingan Alam Sekitar, Perma Culture Farm, Live on with Vape, Demonstrasi: Pengurusan Sisa Makanan dan Bengkel Asas Berkebun. Turut diadakan adalah Pertandingan Futsal, RSEN Walk serta Foot Volley Demo.

Penyertaan untuk semua pertandingan adalah percuma dan hadiah menarik menanti anda.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang RCE Penang di http://www.rce-penang.usm.my/index.php/en/

Teks: Nor Rafizah Md Zain 

  • Created on .
  • Hits: 758

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024