USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

YIB BERI PELUANG KEPADA PELAJAR SEKOLAH KENALI INDUSTRI

 DSC9357tyuu

PULAU PINANG, 23 November 2015 -  Youth Industry Bootcamp (YIB) yang dianjurkan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) bersama-sama Collaborative Research in Engineering, Science & Technology (CREST), Akademi Sains Malaysia (ASM) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) mendedahkan para pelajar sekolah menengah kepada industri yang berteraskan kepada sains dan  teknologi. 

Menurut Presiden ASM, Tan Sri Datuk Dr Ahmad Tajuddin Ali, YIB ini adalah selari dengan misi ASM yang mana berperanan memupuk kesedaran pelajar dan golongan muda untuk menyambung pelajaran dan berkecimpung dalam bidang sains dan teknologi. 

“Saya berharap YIB ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai  peluang kerjaya dalam bidang yang penting untuk pembangunan negara serta membuka minda pelajar dan  meneruskan cita-cita dalam bidang tersebut,” kata Ahmad Tajuddin. 

“Platform YIB ini dapat menjadi jambatan di antara para pelajar sekolah dan pihak industri serta pembangunan bakat pada masa hadapan,” kata Pengarah Kampus SAINS@USM, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed. 

 DSC9370gjhgj

Antara pihak industri yang terlibat adalah Altera Corporation, B. Braun Medical Industries Sdn. Bhd, Intel Technology Sdn. Bhd., OSRAM Opto Semiconductors (Malaysia) Sdn. Bhd., Molex (Malaysia) Sdn. Bhd dan Vitrox Technologies Sdn Bhd. 

“CREST bersama-sama semua pihak yang terlibat sangat teruja dalam penganjuran buat pertama kalinya YIB yang mana dulunya melibatkan hanya sebuah sekolah di kini berkembang ke wilayah utara,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CREST, Jaffri Ibrahim. 

 DSC9378gk

Peserta YIB yang juga pelajar Tingkatan 3 Sekolah Menengah Islam Tahfiz Al-Amin Perak,  Ahmad Muttaqin Abdul Rahim berkata peluang yang diberikan ini akan digunakan untuk mendalami bidang sains dan teknologi kerana minatnya yang begitu mendalam dalam bidang robotik. 

 DSC9371jk

“Harapan saya adalah untuk menimba pengalaman daripada pelbagai pihak termasuk USM dan juga industri yang telah lama menapak dalam bidang tersebut,” tambah Ahmad Muttaqin.

Hal ini juga disokong oleh pelajar Tingkatan 4,  Maktab Rendah Sains MARA Beseri Perlis, Thirshamytra Ragu Rajan yang juga begitu minat dalam bidang robotik. 

“YIB ini diharap dapat membuka minda saya dalam bidang sains dan teknologi di samping dapat membantu saya untuk memilih bidang yang betul-betul saya minat untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya. 

 DSC9379vhjh

YIB yang dianjurkan buat pertama kalinya ini mendapat sambutan yang di luar jangkaan iaitu seramai 135 orang pelajar tingkatan 3 dan 4 di wilayah utara  termasuk Kedah, Perlis, Perak dan Pulau Pinang. 

Program selama tiga hari ini mendedahkan pelajar mengenai pelbagai bidang dalam sains dan teknologi termasuk Elektrik dan Elektronik, Penyelidikan dan Inovasi serta penghasilan prototype hasil dari penyelidikan yang dijalankan. 

Teks: Nor Rafizah Md Zain

Foto: Zamani Abdul Rahim

 

  • Created on .
  • Hits: 957

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024