USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM EAGLES JUARA KEJOHANAN BOLING SEMPENA HARI JADI TYT YANG DIPERTUA NEGERI PULAU PINANG

IMG 20151124 WA0014
 
PULAU PINANG, 24 November 2015 - Pasukan Boling USM Eagles dari Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta nama apabila menjadi juara Kejohanan Boling Sempena Hari Jadi TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kali ke-77 kategori agensi kerajaan baru-baru ini.
 
Pasukan USM Eagles gah sebagai juara mengatasi 17 lagi pasukan lain antaranya MBPP A, Pendidikan SPT, Education, Bomba, PDRM B dan lain-lain dalam perlawanan yang diadakan sebanyak 3 set ini. 
 
Jumlah mata sebanyak 2135 sudah cukup dan jauh buat USM Eagles meninggalkan pencabar kedua iaitu MBPP A yang hanya mengumpul 1976 mata selaku Naib Johan dan Pendidikan SPT tempat ketiga dengan jumlah mata sebanyak 1975. 
IMG 20151124 WA0015
IMG 20151124 WA0016
 
Pasukan USM Eagles diperkuatkan dengan barisan pemain dari PP Sains Fizik Mohd Noor Fakarruddin Bin Abdullah, dari Pusat Transformasi Insan Arief Ramadhan Bin Juswa, dari Jabatan Pendaftar Afnan Munir Bin Abdul Manan dan dari PP Sains Kajihayat Mohd Syafiq Bin Mohd Sukari. 
 
Selaku juara, mereka membawa pulang wang tunai RM 1,500 dan medal yang disampaikan oleh TYT Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang selepas tamat permainan. 
 
IMG 20151124 WA0020
 
Kejohanan yang diadakan di Classic Bowl Cosmic, Prangin Mall, Pulau Pinang ini dianjurkan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
 
Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
  • Created on .
  • Hits: 764

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024