USM SOKONG PENGHARAMAN VAPE DI KAMPUS
PULAU PINANG, 23 November 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) menyokong penuh usaha mengharamkan penggunaan vape di kampus universiti.
Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman berkata, pihaknya menyokong penuh usaha ini apatah lagi USM sudah lama mewartakan seluruh premis kampusnya termasuk di Nibong Tebal, Bertam dan Kubang Kerian Kelantan sebagai kawasan larangan merokok.
"USM mempunyai pasukan pemantau yang membantu memastikan tiada pelanggaran terhadap peraturan ini.
Di samping itu kita juga akan mewartakan segera larangan penggunaan vape dan shisha di semua kampus dan premis USM sama ada di dalam mahu pun luar bangunan kepada warga kampus, pelawat mahu pun orang luar," tegas Omar.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 798