USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JADIKAN KECEMERLANGAN SEBAGAI TABIAT UNTUK TERUS BERJAYA

PULAU PINANG, 16 November 2015 – Seluruh warga Universiti Sains Malaysia (USM) diminta untuk meningkatkan produktiviti dan bekerja keras untuk meneruskan kecemerlangan pada masa hadapan.

Bertitah dalam Majlis Santapan Malam Canselor sempena Upacara Konvokesyen Ke-52, DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail meminta agar seluruh warga USM menanam sikap untuk terus cemerlang dalam setiap usaha yang dilakukan.

“Saya menyeru kepada semua warga USM untuk menjadikan sikap cemerlang sebagai tabiat dalam diri masing-masing dengan memberikan komitmen dan sokongan padu kepada kepimpinan dalam menggerakkan strategi yang telah dirancang, dengan nilai-nilai kemanusiaan dan kesejahteraan sejagat ke arah pembangunan pendidikan yang lestari,” titah baginda kepada kira-kira 200 orang warga USM dan wakil universiti luar yang hadir.

Tambah baginda, USM adalah universiti milik bersama yang perlu sama-sama dijaga.

Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Al-Narhum Tengku Abdul Rashid turut berangkat ke majlis tersebut.

Yang hadir sama di dalam majlis tersebut ialah Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Profesor Dr. Mohamad Nasir dan isteri, Pro Canselor USM, Tan Sri Datuk Mustafa Mansor, Pengerusi Lembaga Gabenor, Tan Sri Datuk Dr. Zulkefli A. Hassan, Pengerusi K.L.E. Society, Dr. Prabhakar Basaprabhu Kore dan Naib Canselor Profesor Dato’ Dr. Omar Osman.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 638

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024