PERKASA NILAI KEMANUSIAAN, ETIKA DAN KESEDARAN SIVIK UNTUK HADAPI CABARAN
PULAU PINANG, 17 November 2015 – Universiti melalui seluruh warganya perlu mendokong nilai kemanusiaan, etika dan kesedaran sivik yang tinggi untuk menghadapi kemelut sosial.
Menurut Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail bertitah, masyarakat hari ini sedang tercari-cari pihak yang dapat menjadi penawar atau solution terhadap pelbagai masalah sosial yang menghimpit kehidupan seharian.
Bertitah kepada 376 orang graduan Sidang Pertama Upacara Konvokesyen Ke-52 USM di sini baginda bertitah, siswazah universiti seharusnya menyahut seruan tersebut dengan bekalan ilmu intelektual dan nilai kemanusiaan.
"Saya percaya siswazah USM mampu menjadi solution tersebut dalam menggerakkan Malaysia menjadi negara maju yang mempunyai rahmah atau kasih sayang, kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat serta jiran serantau dengan objektif yang jelas dan tadbir urus yang baik," titah baginda lagi.
Raja Perlis itu turut menyeru agar para siswazah sentiasa mengingati pengorbanan ibubapa.Seramai 5,665 orang graduan menerima ijazah masing-masing pada Upacara Konvokesyen USM kali ini termasuk 3 orang yang telah meninggal dunia menerimanya secara anumerta.
Yang turut menerima ijazah ialah Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia Profesor Dr. Mohamad Nasir dan Pengerusi K.L.E. Society India Dr. Prabhakar Basaprabhu Kore dengan ijazah kehormat Doktor Pendidikan dan Presiden Taylor's University Profesor Dato' Dr. Hassan Said yang dianugerahkan gelaran Profesor Emeritus.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 834