USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KERJASAMA MALAYSIA INDONESIA PENTING JAYAKAN AGENDA PEMBANGUNAN S&T ASEAN

IMG 1589tyi

PULAU PINANG, 17 November 2015 – Malaysia dan Indonesia perlu memperkukuhkan kerjasama dalam bidang Sains dan Teknologi untuk menghadapi cabaran besar masa hadapan.

"ASEAN plan of Action on Science, Technology and Innovation 2016-2025 perlu dijayakan terutamanya melalui kerjasama rapat dengan integrasi dan kolaborasi sektor swasta dan awam terutamanya industri kecil dan sederhana (SMI) untuk meningkatkan keupayaan bakat atau talent yang dimilikinya dengan inovasi-inovasi yang berguna kepada masyarakat dan sekaligus berupaya untuk tujuan komersil di peringkat global," kata penerima ijazah kehormat Doktor Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Mohamad Nasir pagi ini.

Menteri Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Republik Indonesia itu dalam ucapan penerimaan ijazah kehormat oleh Canselor USM DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di sini berkata, pelan tersebut juga dapat dijayakan dengan pembudayaan sains dan teknologi dalam kalangan komunitinya.

IMG 1754hbvy

"Yang penting ialah usaha perlu diikuti dengan pengembangan, pengkomersilan teknologi dan keusahawanan  melalui pelbagai jaringan yang ada bagi membolehkan hasil inovasi dari negara-negara ASEAN dapat memenuhi pasaran global yang dengan usaha yang bersungguh-sungguh mempromosikannya serta  mengurangkan dispariti yang ada," katanya lagi.

Tegasnya, pihak Indonesia memberi komitmen dan kesanggupan untuk melaksanakan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menjayakan hasrat ini bersama-sama anggota ASEAN terutamanya Malaysia.

"Sudah sampai masanya untuk Malaysia dan Indonesia bekerjasama rapat dalam memastikan usaha ini beroleh kejayaan terutamanya dalam memasarkan hasil inovasi ASEAN yang berguna kepada masyarakat di peringkat dunia," kata Mohamad Nasir.

IMG 1701dfg

Mohamad Nasir adalah alumni peringkat kedoktoran dalam bidang Perakaunan USM pada 2004 dan menjadi Rektor Universitas Deponegoro Indonesia pada tahun 2014 sebelum dilantik  sebagai menteri  dalam kabinet Jokowi.

Seramai 376 orang menerima ijazah doktor falsafah dan sarjana serta 48 orang kumpulan pertama Doktor Perubatan dari program pesisir USM-KLE India.

Teks: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 903

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024