USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

108 TERIMA ANUGERAH MANIKAYU PERINGKAT NEGERI KUMPULAN KELANASISWA MALAYSIA

IMG 2821

PULAU PINANG, 15 November 2015 – Seramai 108 pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) menerima penganugerahan Manikayu Peringkat Negeri Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia Kali ke-2 yang telah berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 14 November 2015.

Penganugerahan Manikayu diperolehi oleh 5 Institut Pengajian Tinggi iaitu USM (108), UUM (4), UM (1), POLISAS (4) dan UIA Kuantan (5) dan bagi calon Baden Powell (BP Award) pula, seramai 45 orang calon terlibat dan 43 sahaja yang berjaya dan 2 lagi gagal menjadikan jumlah keseluruhan penerima anugerah manikayu dan BP Award ini seramai 165 orang.

Penerima anugerah yang merupakan pelajar USM, Che Liyana Izzati Bt. Che Rozali, Tahun 3 daripada PP Ilmu Pendidikan berkata, ilmu kepengakapan yang diperolehi ini sangat bermakna dan mampu melahirkan sifat kepimpinan serta semangat berpasukan dalam diri para pelajar.

"Dapat dilihat melalui kem-kem yang telah kami jalani bermula daripada kem pengenalan, ekspedisi jalan kaki hinggalah ke kem terakhir, ia dapat membina jati diri supaya menjadi seorang pemimpin pengakap yang hebat sama seperti hebatnya badan beruniform yang lain," katanya.

IMG 2824

Tambah Che Liyana, selain itu, kebanyakan yang bertauliah ini merupakan pelajar daripada PP Ilmu Pendidikan, jadi sedikit sebanyak ini menjadi nilai tambah kepada pelajar pusat pengajian ini untuk memohon pekerjaan sebagai guru kelak.

3 modul kursus kepimpinan Manikayu melibatkan 3 peringkat iaitu peringkat pengenalan, peringkat 1 dan peringkat 3.

Sementara itu, Rasis Muhammad Bin Rosdi, pelajar daripada PP Ilmu Pendidikan pula menjelaskan, cabaran-cabaran yang harus diselesaikan untuk menjadi seorang pemimpin pengakap antaranya ialah melalui modul berjalan kaki sejauh 20km, model perintis, replikasi model perintis, 40 jenis ikatan, nilai-nilai kepimpinan, "orienteering" dan sebagainya.

"Mereka yang berjaya melalui semua tahap sahaja yang layak mendapat sijil tamat latihan kursus kepimpinan Manikayu ini," ujar mantan Naib Yang Dipertua 1 Kelanasiswa USM ini.

Tambahnya lagi, mereka yang berjaya ini akan dipersiapkan untuk menjadi pemimpin pengakap di sekolah-sekolah, di daerah dan mungkin juga peringkat pemimpin pengakap negeri. Ketua pesuruhjaya pengakap negeri KLKM, Persekutuan Pengakap Malaysia yang merangkap Pensyarah USM, Prof. Madya Dr. Abdul Rashid Bin Mohamad turut hadir bersama dalam majlis istiadat perbarisan dan pentauliahan ini.

Perasmian pada 14 November 2015 dirasmikan oleh Naib Canselor Universiti College Shahputra merangkap Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara yang mewakili Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Prof. Dato' Dr. Mohd Zin bin Bidin.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1301

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024