USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN PSU JALIN KERJASAMA JANGKA PANJANG DALAM SAINS FORENSIK

IMG 20151110 WA0007ghjh

KUBANG KERIAN, 8 November 2015 - Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Persatuan Pelajar Sains Forensik (FOSSA) mengadakan lawatan ke Prince of Songkla University (PSU) bagi menjalinkan kerjasama dalam bidang Sains Forensik.

Program yang disertai 17 pelajar Sarjana Muda dan 9 pelajar Sarjana bersama dua pensyarah Sains Forensik juga akan membentangkan kertas kerja di samping memperkukuhkan hubungan dua hala khususnya dalam bidang forensik.

 

IMG 20151110 WA0001

Menurut Pengarah Program Lawatan yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik Tahun 3, Nurul Habibah Isa berkata, antara objektif utama program lawatan adalah untuk memperkenalkan FOSSA selain bertukar-tukar pendapat antara pelajar.

“Ini adalah acara tahunan yang dianjurkan oleh Unit Sains Forensik dan ini adalah program kedua anjuran FOSSA,” katanya.

Menurut Pensyarah Sains Forensik, Dr. Dzulkiflee Ismail pula, ini adalah merupakan lawatan susulan pada tahun ini.

IMG 20151105 WA0009

“Kita akan menjalinkan kerjasama dengan mereka berkaitan dengan penyelidikan serta mewujudkan usahasama melalui ‘Joint Degree’ untuk jangka masa panjang.

“Kita juga ingin memperkenalkan Sains Forensik USM di rantau Asia Tenggara kerana masih ramai yang tidak tahu bahawa USM adalah universiti pertama yang mewujudkan program ini,” katanya.

Dalam program ini juga, pelajar turut didedahkan tentang cara pembelajaran dan berpeluang mendalami ilmu Sains Forensik di sana untuk diterjemahkan di kampus serta menjadikan USM dikenali di rantau Asia khususnya Program Sains Forensik.

Teks & Foto: Muhd Zulkifli Zakaria

  • Created on .
  • Hits: 1591

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024