USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BJIM DAN APUCEN RAIH KEJAYAAN NAIKKAN NAMA USM DI LUAR NEGARA

IMG 9167ghj

PULAU PINANG, 6 November 2015 – Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) dan Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) disifatkan telah berjaya mengukuhkan dan melebarkan sayap Universiti Sains Malaysia (USM) dalam bidang libatsama industri dan jaringan masyarakat.

Naib Canselor USM merangkap Presiden APUCEN, Profesor Dato’ Dr. Omar Osman berkata, BJIM dan APUCEN telah meletakkan satu tanda aras yang tinggi khususnya dalam meletakkan nama USM di persada antarabangsa melalui program-program yang dilaksanakan.

Katanya, sehingga kini kejayaan yang dilihat termasuk dalam memperluas jaringan kerjasama global termasuk dalam penganjuran University Community Engagement Conference (UCEC) yang masuk edisi pengajuran ke-4 pada tahun ini.

“UCEC berjaya menarik penyertaan dari 15 buah negara dengan 120 peserta dan pembentangan lebih dari 60 kertas kerja yang berfokus kepada aspek libatsama komuniti.

“Melalui UCEC juga, kita dipilih untuk memastikan program-program yang akan dilaksanakan pada 2016 akan berfokus kepada ‘service learning’, penghakupayaan belia dan wanita serta melebarkan khidmat komuniti ke negara-negara seperti Nepal, Emiriah Arab Bersatu, Afrika Selatan dan sebagainya,” katanya.

Omar berkata demikian ketika ditemubual Pusat Media dan Perhubungan Awam (MPRC) USM dan membicarakan kejayaan semasa penganjuran UCEC dan peranan yang telah dimainkan BJM dan APUCEN dalam menyerlahkan kecemerlangan USM di persada antarabangsa.

Tambahnya lagi, APUCEN akan terus melebarkan sayap dan telah melancarkan beberapa program kerjasama dengan jaringan masyarakat yang akan dilaksanakan di beberapa negara termasuk Jerman, Australia, Thailand dan Nepal.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 874

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024