USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENGERUSI SUHAKAM BINCANG HUBUNGAN HAK ASASI MANUSIA DENGAN PEMBINAAN NEGARA ESOK 6 NOVEMBER 2015

 DSC8544fgjg

PULAU PINANG, 5 November 2015 – Orang ramai dijemput mengikuti Syarahan Perdana sempena Hari Integriti bertajuk ‘Relationship Between Human Rights and Nations Building’ pada hari Jumaat, 6 November 2015, jam 9.30 pagi di Dewan Budaya USM Pulau Pinang oleh Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Hasmy Agam yang akan mengupas persoalan tentang hak asasi manusia dan pembinaan sesebuah negara khususnya Malaysia, terbuka kepada orang ramai secara percuma.

Syarahan Perdana tersebut dianjurkan oleh Unit Integriti Pejabat Perundangan USM bersama-sama Yayasan Tun Sardon.

Hasmy, 71, mempunyai pengalaman luas hubungan antarabangsa dan diplomatik, dilahirkan di Melaka menyertai Kementerian Luar pada tahun 1968 sebaik sahaja tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam Bahasa Inggeris daripada Universiti kalaya.

Hasmy juga sarjana dalam International Relations daripada Fletcher School of Law and Diplomacy Tufts University, Massachusetts USA.

Beliau pernah menjadi diplomat di Saigon Vietnam, Washington D.C., Hanoi, London, Libya, Malta, Perancis, Portugal, dan Perwakilan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu serta mengetuai INTAN pada tahun 1981–1983, Institute of Diplomacy and Foreign Affairs (IDFR) pada tahun 2007–2010  dan dilantik sebagai Pengerusi SUHAKAM pada 5 Julai 2010.

  • Created on .
  • Hits: 831

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024