PELAJAR USM TERIMA PENGIKTIRAFAN YAYASAN MINDA KEBANGSAAN
PULAU PINANG, 5 November 2015 – Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Dayang Nurul Hafizah Ramlee, 22, diiktiraf dan menerima anugerah geran sebanyak RM 10 ribu ringgit yang disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Y.B. Dato’ Seri Idris Jusoh yang mewakili Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak dalam majlis Pelancaran Yayasan Minda peringkat Kebangsaan baru-baru ini yang diadakan di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Sekretariat Mahasiswa Nasional mewakili USM itu menerima anugerah ini adalah kelangsungan daripada penglibatannya dalam program kepimpinan yang diadakan di Universiti Oxford pada Ogos yang lalu.
“Oxford Leadership Programme yang saya sertai pada 22 hingga 31 Ogos yang lalu melibatkan program yang memberi pendedahan menyeluruh berkenaan dengan aspek kepimpinan dan bagaimana mengasah bakat kepimpinan ini untuk menghadapi persaingan dan cabaran global pada zaman sekarang,” kata pelajar tahun 3 Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan ini.
Tambahnya, para peserta yang terlibat dengan program ini perlu melaksanakan program tindakan susulan kepada universiti masing-masing setelah pulang dari Universiti Oxford.
Yayasan Minda yang dipengerusi oleh YB Senator Tan Sri Prof. Dr. Ibrahim Abu Shah.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Dayang Nurul Hafizah Ramlee
- Created on .
- Hits: 1124