USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

APUCEN TEROKAI TEKNOLOGI KOS RENDAH DENGAN IMPAK YANG TINGGI

IMG 9167jjs

GOLD COAST AUSTRALIA, 4 November 2015 – Presiden Asia Pacific University-Engagement Network (APUCEN) yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato’ Dr Omar Osman berkata APUCEN akan melaksanakan 'teknologi kos rendah' ​​dengan impak yang tinggi daripada kepakaran yang ada di setiap universiti di Malaysia kepada masyarakat yang kurang bernasib baik secara keseluruhannya.

“Pada tahun 2016, APUCEN akan berfokus kepada  program penglibatan masyarakat dan bina upaya serta memperkasakan latihan kepada golongan belia dan juga kaum wanita,” tambah Omar ketika mempengerusikan 7th Regional APUCEN Council Meeting di Mantra on the View Hotel di sini hari ini yang dihadiri oleh 11 daripada 13 ahli majlis APUCEN.

IMG 9083fh

APUCEN kini mempunyai dua ahli baru iaitu Naseran Universiti, Thailand dan Miss MalaysiaIndia Care Association (MMICare Association) yang menjadikan ahli APUCEN berjumlah 78 orang ahli dari 18 buah negara.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Australian College of Applied Psychology, Australia kerana berjaya bersama-sama USM menganjurkan 4th University Community Engagement Conference (UCEC) 2015,” tambah Omar.

IMG 9189ghkh

Semua ahli majlis yang hadir melaporkan kemajuan yang telah dicapai oleh setiap negara melalui projek-projek libatsama komuniti dan yang berkaitan dengan APUCEN.

Perkara penting yang telah dibangkitkan kepada ahli-ahli majlis adalah pelancaran Tabung Amanah APUCEN yang kini dana yang terkumpul adalah sebanyak RM20,000.00 dan berharap untuk jumlah ini akan meningkat melalui sumbangan pihak ketiga.

IMG 9111gh

“Saya juga ingin  mengucapkan terima kasih kepada Seri Paduka Baginda Sultan Brunei kerana menyambut baik penyertaan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan, Brunei dalam APUCEN,” kata Omar. 

  • Created on .
  • Hits: 790

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024