USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TeRamPiL PERKASA BAKAT DI USM

1

PULAU PINANG, 2 November 2015 – Hasil dari makmal Kanvas Pembangunan Bakat (Akademik & Pengurusan) di bawah sistem latihan USM APEX, Mesyuarat Majlis Pembangunan Sumber Manusia (MPSM) telah bersetuju agar Program TeRamPiL dijadikan sebagai platform kemajuan kerjaya dan kenaikan pangkat bagi staf akademik dan pengurusan USM.

TeRamPiL adalah jenama baharu latihan pembangunan bakat (Akademik dan Pengurusan) yang diperkenalkan oleh Pusat Transformasi Insan (PTI) yang bermakna "Teaching-Teacher & Educator, Researcher, Practitioner & Leader" atau Pengajaran-Guru & Pendidik, Penyelidik, Pengamal dan Pemimpin" selari dengan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dalam lonjakan kedua iaitu kecemerlangan bakat dan juga hala tuju masa hadapan USM untuk menghasilkan ahli-ahli akademik dan pengurusan dalam empat bidang tersebut iaitu pendidik, penyelidik, pemimpin institusi dan pengamal profesional.

3

Menjelaskan lebih lanjut, Pengarah PTI, Profesor Madya Dato’ Ellias Zakaria, beberapa makmal dibuat termasuk Makmal Pemurnian TeRamPiL Staf Pentadbiran USM yang diadakan hari ini untuk menjelaskan maksud TeRamPiL sebagai satu latihan yang menjadi platform pemacuan kerjaya dan kenaikan pangkat bagi kumpulan profesional dari mula mereka menyertai USM sebagai pegawai sehinggalah mencapai kedudukan yang paling tinggi (gred 54 dan Jusa).

“TeRamPiL terbahagi kepada 6 fasa/peringkat yang meliputi TeRamPiL 1 (Transformasi minda) untuk pegawai sehinggalah pengesahan jawatan, TeRamPiL 2 (Pra Penempatan) untuk kenaikan dari gred 41 ke gred 44, TeRamPiL 3 (Pembangunan Bakat) untuk kenaikan dari gred 44 ke 48, TeRamPiL 4 (Pembangunan Bakat) untuk kenaikan dari gred 48 ke gred 52, TeRamPiL 5 (Pembangunan Bakat) untuk kenaikan dari gred 52 ke 54 dan TeRamPiL 6 (Pembangunan Bakat) untuk kenaikan gred 54 ke Jusa,” katanya ketika ditemui di sini.

Tambah Ellias, setiap modul TeRamPiL mempunyai pengisian serta program yang berlainan dan elemen utama untuk TeRamPiL ini terdiri daripada Elemen Qalbu yang membincangkan perkara berkaitan nilai, etika, akhlak, adab susila dan melahirkan seorang pegawai yang jujur, menyayangi USM, amanah, dedikasi dan sebagainya manakala elemen berikutnya adalah Elemen Generik yang membincangkan berkenaan pengurusan asasi supaya para pegawai ini mempunyai pengetahuan dan nilai “know-how” pada masa akan datang.

4

658

“Saya berharap makmal pemurnian ini memberi peluang kepada peserta untuk mengulas apakah maksud TeRamPiL ini dalam pendekatan sumber manusia, menambah sebarang kekurangan dalam bahan/modul TeRamPiL ini, menentukan penceramah-penceramah yang dapat menyampaikan ceramah dalam tajuk-tajuk tertentu pada setiap modul TeRamPiL, dan akhir sekali mengharapkan peserta faham berkenaan konsep penilaian apabila berada di dalam TeRamPiL ini,” jelasnya lagi.

Setiap peserta yang menduduki TeRamPiL ini kelak perlu mengikuti program ini yang bukan hanya berkonsepkan “touch & go” malah setiap program TeRamPiL ini akan membawa penilaian terhadap peserta melalui kerangka latihan yang dibangunkan yang mengambil masa satu hingga lima hari untuk dilaksanakan.

5

Terampil menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) didefinisikan sebagai “cekap, dalam melaksanakan sesuatu dalam menyelesaikan masalah; mampu dan cekap”.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto: Muhamad Firdaus Khiruddin

  • Created on .
  • Hits: 1802

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024