USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UCEC PERKASA LIBAT SAMA UNIVERSITI-KOMUNITI

IMG 8180kl

GOLD COAST, AUSTRALIA, 2 November 2015 – Persidangan Libat Sama Universiti-Komuniti Keempat atau 4th University Community Engagement Conference (UCEC) yang bermula di sini semalam berjaya menarik 150 penyertaan dari 15 buah negara meliputi Malaysia, Australia, Filipina, Thailand, Indonesia, Brunei, Bangladesh, Jepun, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jerman, United Kingdom, Afrika Selatan, New Zealand, Nigeria, Ethopia dan Rwanda.

Perasmiannya dilakukan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Dato’ Dr. Omar Osman. UCEC kali ini dikelolakan oleh USM bersama-sama Australian College of Applied Psychology (ACAP) sebagai penganjur tempatan.

IMG 8268h 

Omar yang juga Presiden Asia Pacific University-Engagement Network (APUCEN) berkata, persidangan ini berupaya memperkasakan jaringan kerjasama yang wujud dalam kalangan peserta dari seluruh dunia untuk meningkatkan usaha membangunkan masyarakat melalui kepakaran yang ada.

Yang turut hadir ialah Naib Presiden APUCEN dari Kyoto University Jepun Professor Dr. Takeshi Matsuda, CEO Navitas Professional & English Programs Lyndell Fraser, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) USM selaku Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Profesor Dato’ Dr. Susie See Ching Mey dan Pengerusi Bersama Penganjur Fiona O' Sullivan

“Untuk memastikan terus relevan, universiti hari ini tidak lagi sekadar menjana dan melakukan pemajuan ilmu pengetahuan baharu tetapi bagaimana dapat memindahkannya untuk digunakan dalam masyarakat secara lebih bermakna dan mampu memberi impak kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan komuniti seluruhnya,” kata Omar.

IMG 8353fgh

Jelasnya, universiti di seluruh dunia sekarang ini memberikan penekanan kepada usaha memperkukuhkan libat sama dengan komuniti melalui apa yang dipanggil libat sama kesarjanaan atau ‘scholarly engagement’.

“Universiti dengan segala sumber yang ada termasuk kepakaran dan kemudahan fasilitinya memanfaatkan teknologi yang dilakukan penambahbaikan dan tadbir urus yang baik berusaha membantu masyarakat dan komuniti melalui projek-projek ekonomi dan persekitaran secara holistik dengan melakukan transformasi dan perubahan yang perlu,” kata Omar lagi.

Tambahnya lagi, universiti hari ini berusaha untuk melakukan proses pemindahan ilmu untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat secara berterusan terutamanya dalam menempuhi proses globalisasi dan pembangunan yang lestari apatah lagi untuk menghadapi dunia hari esok yang lebih baik.

IMG 88321

IMG 8233ukh

Sementara itu, Susie See Ching Mey berkata,  universiti perlu melakukan libat sama langsung dengan industri dan komuniti untuk faedah masyarakat keseluruhannya.

“Untuk mencapai kejayaan dalam integrasi ini, libat sama universiti dengan industri dan komuniti perlu membina satu hubungan yang kukuh dan mantap dengan merapatkan apa jua jurang yang ada malah disepadukan untuk pembangunan yang lestari dan kesejahteraan masyarakat dunia seluruhnya,” kata Susie See Ching Mey.

UCEC pertama kali diadakan di Pulau Pinang pada tahun 2009 yang bertemakan  “University Community Engagement for Sustainability” diikuti dengan Chiengmai Thailand yang dianjurkan bersama-sama  Thammasat University pada  2012 yang bertemakan “University-Community Engagement for Empowerment and Knowledge Creation”. Dan yang ketiga pada tahun 2013 di Padang, Indonesia yang dianjurkan bersama-sama  Universitas Andalas yang bertemakan  “Towards the Transformation of the Higher Education on University Community Engagement”.

IMG 8179yfg

IMG 8365hj

“UCEC diharapkan akan menjadi mekanisme untuk melakukan reformasi pendidikan tinggi di peringkat global untuk faedah masyarakat setempat untuk memastikan universiti dan komuniti dapat bergerak seiring dalam memastikan mereka mendapat faedah dari pembangunan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang dan disiplin,” kata Susie See Ching Mey lagi.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1350

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024