USM TANDATANGAN PERSEFAHAMAN DENGAN IRA
PULAU PINANG, 31 Oktober 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) nelalui Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (Centre for Islamic Development Studies – ISDEV) baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Islamic Relief Academy (IRA) United Kingdom untuk meningkatkan kolaborasi penyelidikan dan program latihan serta penganjuran persidangan dan makmal akademik.
Academic Relief Academy adalah Unit Strategik Bisnes yang ditubuhkan pada tahun 2013 untuk menyediakan kepimpinan dan keperluan pembangunan yang berteraskan Islam.
Pengarah ISDEV Profesor Dr. Muhammad Syukri Salleh berkata, persefahaman ini ditandatangani semasa lawatan kerjanya ke United Kingdom baru-baru ini.
Dalam kunjungan tersebut Muhammad Syukri berkesempatan bertemu dan berbincang dengan Director, Human Resources & Organization Development, Islamic Relief Worldwide Shakil Butt, Managing Director, Islamic Relief Academy Dr Hossam Said, CEO Islamic Relief Worldwide Dr. Mohamed Ashmawey dan IRA Research and Development Manager Dr Muhtari Aminu-Kano.
Menurutnya lagi, pertemuan tersebut berfokus kepada usaha untuk perbincangan tentang minat dan bidang penyelidikan yang bersesuaian, mengelolakan 9th Islamic Development Management Conference yang bertemakan “Towards Islamic Sustainable Development", "Faith-Based Development" of the UK-based Development Studies Association, mengadakan latihan yang menggunakan Metodologi Penyelidikan Islam, internship untuk pelajar ISDEV, mewujudkan felo pelawat Akademik Penyelidikan Islam ISDEV dan kolaborasi penyelidikan melalui perkongsian maklumat geran penyelidikan yang bersesuaian.
Muhammad Syukri juga mengunjungi Oxford University dan menemui ahli akademik terkenal yang bertugas di universiti tersebut yang berasal dari Malaysia, Dato' Dr Syakh Afifi al-Akiti.
“Beliau bersetuju untuk dilantik menjadi profesor kunjungan di ISDEV yang dijangka akan datang pada sekitar bulan Disember tahun ini hingga Januari 2016,” kata Muhammad Syukri.
Teks: Mohamad Abdullah
- Created on .
- Hits: 796