WARGA KAMPUS DISERU AMBIL BAHAGIAN PROGRAM DERMA DARAH SENTUHAN QALBU
PULAU PINANG, 28 Oktober 2015 – Pusat Sejahtera Universiti Sains Malaysia (USM) meneruskan lagi usaha murni melalui Kempen Derma Darah – Sentuhan Qalbu yang bertempat di Pusat Sejahtera pada 27 dan 28 Oktober 2015.
Pengarah Pusat Sejahtera USM, Dr. Normala Abdul Wahid berkata, kempen selama dua hari ini bertujuan membantu menampung bekalan darah hospital di Pulau Pinang sebagai khidmat masyarakat yang pihak universiti boleh hulurkan kepada komuniti terutamanya hospital yang memerlukan bekalan darah apabila berlakunya kecemasan.
“Kempen derma darah seumpama ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang oleh Pusat Sejahtera dan saya menyeru warga USM untuk datang dan menderma darah kerana ini adalah satu usaha murni yang dapat disumbangkan oleh warga USM kepada masyarakat,” katanya.
Tambah Normala, sambutan yang diterima daripada warga USM amat baik dan menghargai semua yang tampil ke Pusat Sejahtera USM untuk menderma darah mereka.
Maklumat lanjut dan terkini boleh diperolehi di laman sesawang Pusat Sejahtera USM – http://www.pusatsejahtera.usm.my/index.php/ms/ ataupun Facebook Pusat Sejahtera USM atau hubungi talian telefon +604-6533888 sambungan 4937/4938 atau emel
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Ihsan Pusat Sejahtera USM
- Created on .
- Hits: 739