USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SIRIUS QUARTET NEW YORK ADAKAN KONSERT DAN BENGKEL KONGSI PENGALAMAN

PULAU PINANG, 28 Oktober 2015 – Penampilan khas kumpulan Sirius Quartet ke Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengadakan konsert dan bengkel mendapat sambutan hasil inspirasi yang dicetuskan oleh Institut Goethe (GI) Kuala Lumpur yang telah menghubungi Pusat Pengajian Seni USM untuk berkolaborasi bersama untuk acara ini dipersetujui kedua pihak.

Menurut Penolong Pengurus Projek, Andy Siti Nurhidayah Rahim, keunikan kumpulan ini yang berada di USM selama 2 hari adalah kerana kumpulan ini adalah sebuah kumpulan muzik Cross-Genre yang menjurus kepada genre Avant-Garde iaitu sejenis muzik eksperimental.“

Mereka merupakan kumpulan pemuzik yang menggunakan alat muzik bertali (strings) yang terkemuka di New York Amerika Syarikat dan telah membuat persembahan bersama artis-artis terkemuka dunia seperti Lady Gaga, Elton John, Tonny Bennet, Quincy Jones dan banyak lagi,” katanya.

Tambah Andy Siti Nurhidayah,  kumpulan ini dibawa khas ke USM untuk memberi pendedahan kepada pelajar dan staf khususnya dari bidang seni muzik dalam genre muzik Avant-Garde dan mempromosikan aktiviti seni muzik PP Seni kepada pelajar sekolah, kolej dan universiti dari luar.

Antara lagu yang dimainkan ketika konsert di USM adalah Happy, Kayle, Train from Kenya to Washington is Departing dan Knights Return from Battle.

Sementara itu, bengkel yang diadakan oleh kumpulan ini adalah satu proses pendidikan yang sangat baik untuk semua pemuzik tali kerana ia mungkin hanya diperolehi sekali dalam seumur hidup untuk berkongsi dan mempelajari kemahiran improvisational serta teknik bermain daripada empat pemuzik berpengalaman ini.

"Harapan kita pada masa hadapan ialah menganjurkan lebih banyak program muzik sebegini yang melibatkan konsert dan bengkel oleh pemuzik antarabangsa ataupun pemuzik tempatan agar ianya memberi pendedahan tentang muzik dunia kepada warga USM dan masyarakat tempatan," kata Andy Siti Nurhidayah.

Lebih 200 orang penonton hadir ke konsert yang diadakan di Pelenggam Cahaya USM ini.Yang turut hadir adalah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan keluarga, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan dan isteri, Dekan Pusat Pengajian Seni, Profesor Madya Omar Bidin, Dato’ Profesor Emeritus Dr. Mohamed Ghouse Nasaruddin dan pensyarah Pusat Pengajian Seni Dr. AS Hardy Shafii.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

Foto : Ihsan Andy Siti Nurhidayah Rahim

  • Created on .
  • Hits: 806

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024