USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MoA USM DENGAN AGENSI NUKLEAR MALAYSIA PERKASA STI

IMG 20151t

KUALA LUMPUR, 26 Oktober 2015 - Penandatanganan dokumen perjanjian kerjasama (MoA) di antara USM dengan Agensi Nuklear Malaysia sempena Program Technology Preview & Showcase Nuklear Malaysia 2015 berupaya memperkasa usaha pembangunan Sains dan Teknologi dan Inovasi.

Dekan PP Sains Fizik, Profesor Dr. Mohamad Suhaimi Jaafar berkata, penandatanganan MoA dengan Agensi Nuklear Malaysia tersebut adalah berkaitan program kerjasama kepakaran USM dari PP Sains Fizik yang diuruskan oleh Usains Holdings bagi mengendalikan program International Atomic Energy Agency (IAEA) Postgraduate Educational Course (PGEC) in Radiation Protection and the Safety of Radiation Sources selama 5 tahun bermula  2015.

"Program yang dibiayai oleh IAEA ini dikendalikan di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi Selangor dan pernah juga dikendalikan sebanyak 5 kali di USM sebelum ini," katanya.

Tambah Mohamad Suhaimi, para peserta program terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan yang dicalonkan dan sehingga kini, 31 buah negara anggota (member states) IAEA dipilih oleh IAEA dengan persetujuan urusetia dan Malaysia merupakan negara Pusat Latihan Serantau IAEA bagi rantau Asia dan Pasifik.

IMG 20151027 WA0040

"Antara manfaat untuk USM bagi program ini adalah pensyarah dari PP Sains Fizik dapat menyumbang kepakaran pada peringkat Asia Pasifik, pengukuhan program MSc (Radiation Science) mod campuran yang ditawarkan oleh PP Sains Fizik yang berkaitan dengan bidang yang sama, memposisikan dan mencemerlangkan imej  USM pada peringkat serantau Asia dan Pasifik," ulasnya yang merupakan penyelaras akademik projek kerjasama ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Usains Holdings Edwin Gomes pula berkata, perundingan untuk projek Agensi Nuklear Malaysia bersama PP Sains Fizik ini dilaksanakan oleh Usains secara prinsipnya.

Program ini dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Madius Tangau.

IMG 20151027

Madius Tangau dalam ucapannya menekankan kepada  cabaran besar dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) kepada komuniti iaitu untuk menginsankan inovasi demi memastikan seluruh komuniti terutamanya golongan akar umbi memahami dan berupaya merasai impak STI dalam kehidupan seharian serta kualiti kehidupan mereka.

Sempena program yang berlangsung pada 26 hingga 29 Oktober ini, pelbagai program direncanakan seperti pelancaran buku dan produk, seminar pengkomersilan dan pemindahan teknologi, pertandingan inovasi, seminar harta intelek (IP), klinik harta intelek, pameran produk R&D, lawatan ke loji dan kemudahan utama, business pitching dan taklimat kemudahan dana.

Yang turut hadir ke program ini adalah Naib Canselor USM Profesor Dato' Dr. Omar Osman.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1416

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024