BAKTISISWA PERKASA KESUKARELAWANAN
PULAU PINANG, 26 Oktober 2015 – Program Baktisiswa Persatuan Teknologi Industri yang diadakan pada 22 hingga 24 Oktober 2015 lepas di Felda Sungai Tiang, Pendang, Kedah mampu memperkasakan semangat kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa.
Pengarahnya Ummi Kalsom Zahari menjelaskan program ini juga berhasrat menerapkan pendidikan kepenggunaan di kawasan luar bandar yang bertemakan “Pautan ukhwah, sejuta warna” melalui interaksi peserta dengan penduduk setempat.
“Fokus kami ialah kepada usaha pembudayaan kepenggunaan dan persediaan persekitaran yang kondusif bagi mewujudkan pasaran yang adil dan pembangunan yang lestari selaras dengan perkembangan sosio ekonomi tempatan dan global,” katanya lagi.
Tambah Umi Kalsom, program ini juga dapat meningkatkan kualiti dan kredibiliti mahasiswa-mahasiswi dalam mengendalikan sesebuah program yang melibatkan komuniti.
Seramai 80 orang pelajar Persatuan Teknologi Industri USM menyertai program kali ini yang dianjurkan bersama dengan Institut Wasatiyah Malaysia dan Majlis Perwakilan Pelajar Pusat Pengajian Teknologi Industri USM.
Program ini dirasmikan dan disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan merangkap ADUN Sg. Tiang Dato’ Hajjah Suraya bt. Yaacob.
Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto: Ummi Kalsom Zahari
- Created on .
- Hits: 897