USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FORUM HIJRAH KOMPAS KEHIDUPAN KUPAS PERSPEKTIF AGAMA, AKADEMIK DAN TOKOH BERHIJRAH

IMG 20151025 WA0001

PULAU PINANG, 24 Oktober 2015 - Pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar, pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Dr. Mohd Nizam Sahad dan selebriti Sham Kamikaze berganding bahu dalam forum Hijrah Kompas Kehidupan di Dewan Budaya USM kelmarin berfokus kepada konsep hijrah dalam Islam berlandaskan tiga perspektif iaitu agama, akademik dan tokoh berhijrah. 

Pengarah Program, Hazman Azizan berbesar hati dengan pendaftaran yang luar biasa semalam dari dalam kalangan penonton dan ditambah pula dengan pengisian yang mantap dan bermanfaat daripada ahli panel yang terlibat.

"Harapan saya agar program ini dapat dijadikan program tahunan universiti yang dikelolai sepenuhnya oleh mahasiswa atau pun staf pentadbiran universiti boleh terlibat sama dengan mahasiswa sebagai pencetus idea untuk mencari mekanisme yang sesuai bagi menarik perhatian umum untuk program sebegini memperolehi sasaran yang lebih mantap kelak," kata pelajar PP Seni yang juga Yang Dipertua Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) itu.

Tambah Hazman, program ini mendapat kerjasama daripada pihak Zonkuliah untuk menyebarluaskan lagi tayangan forum ini melalui siaran video di laman YouTube yang memberi peluang kepada sesiapa yang tidak berkesempatan untuk hadir menontonnya.

Ustaz Wadi menyampaikan pesanan supaya program begini diteruskan lagi dan gabungan tiga perspektif ini sesuai dengan konsep hijrah itu sendiri dan menceritakan perjalanan Hijrah Rasulullah S.A.W dan menekankan kaitan hijrah dengan dunia akhir zaman kini.

Sementara itu, Dr. Nizam menekankan kehidupan sebenar seorang mahasiswa dan tanggungjawab para mahasiswa ini dalam bidang Islam dan juga akademik.

Sham Kamikaze menceritakan kisah hijrahnya pada empat tahun lalu daripada seorang artis rock yang telah berhijrah ke jalan Islam dan banyak yang dikongsi dan ditekankan adalah hidayah Allah SWT itu milik semua dan siapa yang berusaha untuk mendapatkannya nescaya Allah SWT akan berikannya.

Kira-kira 500 orang penonton menghadiri program ini.

Yang turut hadir ialah Pengarah Pusat Islam Profesor Dato' Dr. Muhammad Idiris Saleh dan para pegawai Pusat Islam USM .

Teks : Hafiz Meah Ghouse Meah
Foto : Hazman Azizan

  • Created on .
  • Hits: 988

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024