USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JEREBU: USM TANGGUH KULIAH DI KAMPUS INDUK, KEJURUTERAAN DAN BERTAM

IMG 0743fth

PULAU PINANG, 22 Oktober 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus memantau perkembangan tahap jerebu yang semakin meningkat bacaannya sekarang ini.

Pendaftar USM, Siti Zubaidah A. Hamid mengatakan, dengan trend yang menunjukkan tahap SANGAT tidak sihat di stesen USM bermula jam 3.00 pagi tadi maka Naib Canselor USM mengambil keputusan untuk membatalkan semua aktiviti LUAR yang berkaitan dengan akademik, aktiviti akademik, penyelidikan dan ko-kurikulum, sukan dan  persatuan malah aktiviti-aktiviti lain juga dilarang dibuat sama ada dengan membatalkan atau menangguhkan sehingga dimaklumkan kembali.

"Semua notis pembatalan atau penangguhan aktiviti adalah tanggung jawab penganjur atau pensyarah atau jabatan atau pusat dan  LARANGAN ini juga terpakai untuk pengguna luar di USM malah juga terpakai kepada aktiviti di luar USM di Kampus Induk, Kampus Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Bertam dan Kampus Kejuruteraan Nibong Tebal," kata Siti Zubaidah.

IMG 0734gfhg

Aktiviti dalam bangunan, kelas, tutorial, makmal dan aktiviti-aktiviti pengajaran termasuklah penilaian ditangguhkan  serta merta pada 22 Oktober 2015 sehingga 12 malam dan makluman selanjutnya akan dibuat nanti.

Begitu juga dengan aktviti pentadbiran dan penyelidikan yang melibatkan risiko kepada kesihatan pekerjaan adalah dinasihatkan ditangguhkan namun aktviti operasi Universiti dan Perkhidmatan Kesihatan akan diteruskan seperti biasa.

IMG 0742bm

Tambahnya, semua pelajar adalah dinasihatkan untuk memakai penutup muka (face mask) sebagai langkah penjagaan keselamatan kesihatan yang diedarkan secara berperingkat dan diminta berada di bilik masing-masing sepanjang keadaan yang sangat tidak sihat ini berlanjutan.

Pelajar dan staf yang bermasalah dinasihatkan mendapat perkhidmatan di Pusat Sejahtera kampus masing-masing dengan masa pembukaan dilanjutkan sehingga 6.00 petang setiap hari.

IMG 0736dfg

IMG 0737df

"Kami memohon kerjasama semua pihak melaksanakan tanggungjawab bersama ini dan sebarang kesulitan yang timbul adalah dikesali, namun USM mengambil keputusan ini atas kepentingan kesihatan semua yang terlibat," kata Siti Zubaidah.

Foto:Mohd Fairus Md Isa

Yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh hubungi bilik gerakan operasi jerebu melalui talian 04-6534948/04-5622708/2709.

6.45 pagi, 22 Oktober 2015

  • Created on .
  • Hits: 1522

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024