USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

GURU PERLU MENJADI PENDIDIK PERINGKAT GLOBAL

 DSC7931j

PULAU PINANG, 20 Oktober 2015 - Para guru di Universiti Sains Malaysia (USM) disaran untuk menjadi pendidik peringkat global atau Global Educator yang boleh ditempatkan di mana sahaja dan boleh mengajar sesiapa sahaja di peringkat antarabangsa.

Demikian kata Naib Canselor USM, Profesor Dato' Dr. Omar Osman ketika merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru peringkat Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan (PPIP) USM 2015 yang bertemakan Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak di sini hari ini.

"PPIP seharusnya meningkatkan kepentingan kedua-dua pihak iaitu pensyarah dan pelajar ke peringkat global supaya setara serta memperbaiki segala kemahiran bagi menghadapi cabaran bidang pembelajaran dan pengajaran yang berubah-ubah dan tidak pasti (uncertainty) pada abad ke-21 ini," tambah Omar.

Omar juga berharap para pelajar dan juga pensyarah untuk membuka minda dan seluas-luasnya serta menerima segala cabaran dengan positif  serta berpandangan global atau World View dan  bukannya pemandangan sehala.

 DSC7929hk

Menurut Dekan PPIP, Profesor Dato' Dr. Abdul Rashid Mohamed, tema tersebut dipilih pada tahun bagi mencerminkan kepentingan guru sebagai agen dalam pembinaan ilmu dan akhlak pelajar  menjadi generasi berkualiti negara.

"Modal insan yang dibangunkan bukan sahaja perlu berilmu dan  berkemahiran, namun perlu mempunyai akhlak yang terpuji dan nilai-nilai murni kerana ini penting dalam membina negara bangsa dan mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang 2020,"kata Abdul Rashid.

 DSC79500

Di majlis yang sama Omar turut menyampaikan anugerah bagi beberapa kategori seperti Tokoh Guru Harapan, Tokoh Kepimpinan Pelajar Persatuan Siswazah Lanjutan (PERSILA), Pendidik Harapan, Penghargaan Perkhidmatan serta anugerah sijil dekan.

Turut hadir adalah semua timbalan dekan, pensyarah dan pelajar PPIP.

Teks: NOR RAFIZAH MD ZAIN
Foto : ZAMANI ABDUL RAHIM

  • Created on .
  • Hits: 1125

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024