USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

THE SAMURAI FC JUARA PIALA KAMPUS KESIHATAN 2015

KUBANG KERIAN, KELANTAN 19 Okt 2015 - The Samurai FC (TSFC) telah menjuarai Pertandingan Bola Sepak Piala Kampus Kesihatan mengalahkan pasukan tahun pertama First Touch FC (FTFC) yang telah berlangsung di Stadium Mini Kompleks Sukan 2, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kelantan. 

TSFC adalah gabungan pelajar Sains Perubatan tahun akhir manakala FTFC adalah gabungan pelajar baharu USM Kampus Kesihatan telah menampilkan prestasi yang cemerlang  pada peringkat kumpulan lagi.

Kedua-dua pasukan telah bertemu pada perlawanan pertama yang mana FTFC tewas kepada TSFC 1-2. TSFC kini masih belum pernah tewas lagi dengan pencapaian 2 menang dan 2 seri di peringkat kumpulan.

Kapten pasukan TSFC, Wong Jian Soon berkata, kejayaan pasukan ini banyak bergantung kepada kesepakatan dan jalinan kerjasama yang ditunjukkan setiap pemain.

"Saya pasti kejayaan tidak akan dicapai sekiranya pemain tidak bersungguh-sungguh menjalani latihan di padang dan berusaha mempamerkan aksi cemerlang bagi memudahkan pengurusan pasukan mencorakkan taktik dan posisi terbaik.

"Selain itu, saya juga berasa kagum dengan setiap ahli pasukan kerana benar-benar merealisasikan strategi pasukan ketika menentang pasukan lawan, selain menunjukkan keupayaan sebenar ketika berada di atas padang," katanya.

Pengurus pasukan, Fida Mohamed pula berkata, kesungguhan dan latihan yang mereka lalui untuk menyertai pertandingan julung kali diadakan ini tidak dapat disangkal lagi.

"Kelebihan utama pasukan ini berbanding pasukan lain adalah kami mempertaruhkan sikap kerjasama dan kesefahaman yang tinggi di antara satu sama lain dalam merebut gelaran ini," katanya.

Sementara itu, Pegawai Sukan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) USM Kampus Kesihatan,  Hussin Mohd Deris berkata, sebanyak lima pasukan telah menyertai kejohanan pada kali ini.

Tambah Hussin lagi, kejohanan ini juga menyaksikan pasukan bola sepak FTFC  di tempat kedua dan Unison FC di tempat ketiga.

Teks : Mohamad Iqmal Mathlan
Foto : Majlis Perwakilan Pelajar USM

  • Created on .
  • Hits: 857

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024