USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MODUL BINA UPAYA LENGKAP DAN KOMPHENSIF BANTU PEROKOK TEGAR 

 

 

KUBANG KERIAN,13 Oktober 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) yang mengisytiharkan Kampus Kawasan Bebas Tembakau sejak 1 Januari 2012 yang lalu mengukuhkan usaha ini melalui Sekretariat Kampus Kesihatan Bebas Tembakau (KKBT) yang menghasilkan Modul Bina Upaya KKBT yang lengkap dan komprehensif mengikut panduan yang diberikan di dalam modul KKBT ini.

 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Bina Upaya KKBT Mohd Saberi Yusof, terdapat empat topik dalam modul ini iaitu Promosi Kesihatan, Perancangan Program, Komunikasi dan Penilaian Program.”

 

“Setiap sesi  didokumentasi mengikut tajuk, objektif, metodologi, peralatan, tempat latihan, tarikh, bajet, penceramah undangan, penilaian pelaksanaan latihan, penilaian keberkesanan latihan (penilaian pre dan post) dan kesimpulan yang akan digunapakai oleh semua fasilitator dan duta KKBT yang dilantik untuk meningkatkan kesedaran warga kampus kesihatan dan pelanggan kampus kesihatan berkenaan bahayanya asap  rokok,"katanya lagi.

 

Tambah Mohd Saberi, modul bina upaya KKBT ini diharapkan dapat membantu kumpulan sasar iaitu perokok tegar agar dapat mengubah gaya hidup mereka kepada gaya hidup sihat.

 

Teks/Foto :Wan Mohd Rashidi Wan Mood

  • Created on .
  • Hits: 814

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024