USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DUTA INDONESIA PUJI PROGRAM PENGANTARABANGSAAN USM

IMG 0030

PULAU PINANG, 16 Okt. 2015 – Universiti Sains Malaysia (USM) disifatkan sebagai antara universiti penyelidikan terbaik di negara ini dan sangat progresif dalam merencanakan program pengantarabangsaannya.

Demikian kata Duta Besar Republik Indonesia di negara ini, H.E Herman Prayitno yang turut melihat USM sebagai salah satu destinasi pengajian tinggi yang diminati para pelajar serantau, khususnya Indonesia.

IMG 0047fgh

Katanya, program seperti USM Ambassador Summit dan USM International Week for Promoting Education and Cultural adalah antara contoh aktiviti yang dapat memperkukuhkan peranan serantau dalam pembangunan ilmu secara holistik.

“Program sumpama ini bukan sahaja baik untuk USM malah turut memberi peluang kepada lebih 200 pelajar Indonesia di institusi ini menyertai aktiviti secara aktif dan berinteraksi  secara langsung dengan komuniti antarabangsa.

“Penganjuran acara ini membolehkan lebih ramai pelajar dari Indonesia ke USM dan dalam masa yang sama akan turut meningkatkan jumlah kunjungan rakyat Malaysia ke negara jiran serumpunnya,’’ katanya.

IMG 0084jkl

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena merasmikan Festival Indonesia 2015, yang bertujuan mengeratkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia serta mempromosikan perdagangan dan pelancongan antara dua negara di sini hari ini.

Tambahnya, mahasiswa yang menimbal ilmu di negara Malaysia termasuk USM adalah duta bangsa yang dituntut dalam menjaga nama baik dan citra bangsa Indonesia.

“Perkara ini boleh dicapai bukan sahaja dari aspek penguasaan akademik yang cemerlang, malah mereka berperanan dalam memperkenalkan seni dan budaya Indonesia kepada semua,’’ katanya.

IMG 0152cvbn

Beliau juga berkata, walaupun Malaysia dan Indonesia adalah dari rumpun  suku bangsa Melayu yang mempunyai pelbagai persamaan, namun pemahaman seni dan budaya Indonesia secara menyeluruh masih belum sempurba.

“Indonesia mempunyai lebih dari 17,000 pulau, 300 suku dan ektik serta 742 bahasa pertuturan dan dialek yang berbeza. Festival ini hanya menampilkan sebahagian kecil dari budaya Indonesia yang belom diterokai.

IMG 0200hj

“Pun begitu, ia setidak-tidaknya diharap dapat mencuri minat pengunjung di Malaysia untuk terus mengunjungi Indonesia, sekaligus mempererat hubungan sedia ada,’’ katanya.

Dalam pada itu, program anjuran Persatuan Pelajar Indonesia USM yang turut mendapat kerjasama pelbagai pihak termasuk Konsulat Besar Indonesia itu antara lain membawakan lebih 20 pameran dan gerai jualan,.

Antaranya pameran perdagangan dan ekonomi kreatif Indonesia yang mempamerkan produk kain asli dari 34 wilayah di Indonesia selain promosi pakej pelancongan ke negara republik berkenaan.

IMG 0239cvf

Selain itu, Batik Fractal iaitu hasil gabungan teknologi yang menggunakan formula matematik dan lukisan batik secara tradisional yang menggunakan tangan  dinamakan software Jbatik yang menghasilkan seni Indonesia yang unik turut dipamerkan.

Malam Kesenian Indonesia yang menjadi kemucak penganjuran acara tahunan kali ke-4 itu menampilkan persembahan kesenian dan kebudayaan Indonesia, termasuk penampilan khas artis terkenal mereka, Cakra Khan dan disertai dengan pelbagai persembahan tarian tradisional dan persembahan gamelan, kecapi dan seruling.

Teks: Marziana Mohamed Alias/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1056

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024