USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KSSUSM BANTU PENYUSUAN YANG LEBIH EFEKTIF

Minggu PSI2015 754

KUBANG KERIAN, 12 Oktober 2015 – Kursus Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu, Universiti Sains Malaysia (KSSUSM) yang dianjurkan oleh Sekretariat Laktasi dengan kerjasama Pusat Transformasi Insan, Kampus Kesihatan selama dua hari baru-baru ini berupaya memantapkan ilmu pengetahuan ahli Kumpulan Sokongan Susu Ibu, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) apatah lagi pada tahun 2014 jumlah kelahiran di sini seramai 8,822 orang dan peningkatan bertambah pada setiap tahun dengan jumlah yang agak besar berbanding ahli kumpulan sedia ada.

Menurut Penyelia Jururawat, Norzihan Ismail, ahli kumpulan sokongan ini sering dihubungi melalui telefon oleh ibu-ibu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka namun melalui telefon tidak dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka berbanding dengan kunjungan ke rumah yang merupakan salah satu kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah yang dialami oleh para ibu kerana kaedah penyusuan merupakan satu kemahiran.

"HUSM amat memerlukan ahli yang lebih ramai dalam menjayakan KSSUSM bagi melakukan lawatan ke rumah ibu yang baharu melahirkan anak mengikut kelapangan masa mereka,” ujar Norzihan.

Jelasnya, bagi fasa pertama, program ini menyasarkan ahli dalam kalangan kakitangan Kampus Kesihatan, USM terlebih dahulu serta dibantu dengan ahli sedia ada dengan memastikan terdapat wakil ahli dari setiap Pusat Pengajian dan hospital yang berperanan membantu rakan-rakan di kawasan masing-masing untuk menjayakan penyusuan bagi ibu-ibu yang bekerja.

Minggu PSI2015 761

Tambah Norzihan lagi, menyusu dan bekerja bukanlah suatu perkara yang mudah, oleh itu, ibu-ibu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ahli kumpulan ini.

"Peserta yang mengikuti kursus ini diberikan 16 topik yang berkaitan dengan penyusuan berpandukan modul daripada Pusat Laktasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Malaysia yang perlu dipatuhi bagi memenuhi syarat penilaian untuk mengekalkan status Hospital Rakan Bayi kerana semua peserta akan didedahkan dengan pengetahuan, kemahiran dan juga informasi terkini berkaitan dengan susu ibu,” jelasnya lagi.

Teks: Wan Salizawati Wan Ismail

Foto: Nazirah Johar

  • Created on .
  • Hits: 938

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024